Wednesday 10 June 2015

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kejam Potong Bantuan Bulanan Alilah



Oleh: Shaimon S Jumadi



SANDAKAN :  Kejahilan  dan kekejaman  pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan yang telah memotong batuan bulanan RM300.00 keatas seorang warga emas macik Alilah Binti Akbal 82 duduk  bersendirian di rumah PPRT Kampung Sim-Sim Jabatan lorong 13 adalah dianggap para pegawai Jabatan berkenaan tidak mempunyai dasar peri kemanusian terhadap sesama insan terutama golongan miskin.


Ini adalah dasar kerajaan  Barisan Nasional (BN) yang suka mengabai-abaikan golongan miskin kalau hendak memberi bantuan kepada orang-orang golongan berada saja sementara macam macik Alilah mereka langsung tidak pandang.

Kehidupan macik Alilah bergantung kepada bantuan jiran-jirannya ia mempunyai seorang anak angkat perempuan dalam usia 13 tahun  anak angkatnya itu disuruh meminta sedekah dari rumah kerumah untuk mencari sesuap nasih mana sudah pemimpin masyarakat yang telah dilantik oleh ADUN Tanjung Papat kenapa mereka langsung tidak menjengok lantas memberi bantuan.



Seminggu yang lalu Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong telah memberi bantuan berupa makanan kepada Alilah pagi tadi Wong telah menghadiahkan  sebuah kerusi Roda (Wheel Chair) kepada Alillah untuk memudah beliau duduk dikerusi roda tersebut.

Walaupun Stephen Wong merupakan Ahli Parlimen Sandakan dipihak pembangkang tetapi beliau menunjukan seoarang wakil rakyat yang sentiasa prihatin  terhadap mana-mana golongan tidak kira warna kulit baik orang itu bangsa Cina mahupun bangsa Melayu dalam memberi bantuan sama rata.

Jangan salahkan orang-orang Melayu Kampung Sim-Sim bila PRU 14 nanti mereka mengundi calon-calon pembangkang terutama parti Pakatan Rakyat  sama ada PKR/DAP bertanding di DUN Tanjung Papat DUN Elopura termasuk Kerusi Parlimen” kata Dayang Zubaidah Datu Tahil pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan yang turut menyaksikan pemberian kerusi roda tersebut.

Katanya Ahli Parlimen Sandakan membantu setakat yang mampu sebab DAP tiada mempunyai sebarang peruntukan ia menggunakan wang sendiri sebagai alternatif untuk mjengurangkan sedikit beban.


Dayang menambah di Pejabat Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPP) kawasan Tanjung Papat mempunyai ramai pegawai yang telah dilantik oleh ADUN Tg Papat tapi satupun tidak kelihatan mereka membuat lawatan ke Kampung Sim-Sim untuk mencari masalah agar segala masalah dapat diselesaikan dengan sebebarapa segera.

No comments:

Post a Comment