Thursday 4 June 2015

Agensi Tunggal APMM Masih Relevan?



Oleh: Zulu Alpha



APMM adalah agensi diperairan yang paling banyak menerima suntikan peruntukkan sejak penubuhannya sehingga sekarang.

Agensi ini juga mempunyai keanggotaan yang berganda-ganda ramainya daripada Polis Marin dll agensi penguatkusaan di perairan.


Agensi ini dibekalkan dengan aset yang sangat canggih bukan sahaja Kapal-kapal melalui pembelian mahupun sumbangan kerajaaan luar seperti Jepun dll. tetapi radar canggih, kapal terbang mahupun helikopter yang boleh mendarat diatas kapal.

Agensi ini berhasrat menjadi sebuah agensi tunggal di perairan Malaysia dengan menonjolkan dan me war-warkan kemampuan mereka di media tetapi sehingga sekarang setelah bertahun-tahun agensi ini tenyata belum boleh berdiri sendiri.

Akibat hasrat kerajaan menunggalkan agensi APMM ini, Pasukan Polis Marin PDRM adalah entiti keselamatan perairan yang paling banyak terjejas samaada dari aspek kekurangan aset, kekurangan anggota dsbnya. bukan sahaja kapal-kapal mereka diserahkan pada ketika itu malah perjawatan tersebut juga telah dipindahkan sekali.

Sejak penubuhan Pasukan Polis Marin, entiti ini menjalankan tanggungjawab dengan baik. Buktinya beberapa siri serangan dan rompakan keatas bandar-bandar mahupun aktiviti lanun di pantai timur Sabah berjaya ditangani.

Berkemungkinan pihak yang melakukan penculikan dan keganasan masuk ke perairan Sabah boleh jadi mereka dapat membaca kelemahan penguatkuasaan. Entiti yang mereka geruni dahulu tidak lagi mempunyai kapal-kapal besar serta kekuatan maksima untuk menyekat kemaraan mereka.


Pelaburan kepada APMM adalah tidak berbaloi sama sekali. Kepada yang berkenaan sila tutup segera agensi ini dan kembalikan semua aset dan perjawatan kepada Jabatan yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment