Wednesday 6 May 2015

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Di Kg Tengah Kinarut



API MENYALA...Kejadian awal semasa kebakaran berlaku yang turut memusnahkan empat buah rumah di kampung Tengah Kinarut

Kejadian kebakaran melibatkan empat buah rumah yang berlaku di Kampung Tengah Kinarut minggu lepas mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang secara kebetulan  menghadiri satu majlis rasmi  berhampiran di kawasan kejadian.


Kedua-dua pemimpin sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian tersebut turut bergagas menuju ke lokasi kejadian selain menemuai mangsa mangsa yang terlibat dalam musibah tersebut mereka juga turut menyaksikan opresi pemadaman api yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.


SUMBANGAN...Rosnah ketika menyampaikan sumbangan keperluan barang makanan kepada  salah seorang mangsa selepas kejadian kebakaran tersebut

Salang beberapa hari kejadian sekali lagi Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya bersama Pergerakan Puteri Umno bahagian Papar kembali ke lokasi kejadian bagi menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada mangsa yang terlibat juga sumbangan dari Pergerakan Puteri yang berupa keperluan makanan dan juga peralatan sekolah kepada anak-anak mangsa kejadian yang masih bersekolah.

Rosnah semasa ditemui selepas majlis penyerahan ringkas sumbangan tersebut berkata, cadangan bagi mendirikan Balai Bomba di kawasan Pekan Kinarut yang pernah disuarakan kepada kerajaan sebelum ini perlu dipercepatkan kelulusan memandangkan kepestakan pembangunan yang berlaku di kawasan Kinarut ketika ini yang memerlukan Balai Bomba agar mudah menyalurkan bantuan bagi kes kes kebakaran dan lain lain.


No comments:

Post a Comment