Thursday 23 April 2015

Sokongan Moral Kepada Calon BN Di PRK Rompin



SOKONGAN: Shafie bersama Jamawi dan pemimpin yang lain berada di luar dewan pusat penamaan calon PRK Rompin di di Dewan Jubli Perak Sultan bagi memberikan sokongan kepada calon BN Haji Ahmad Shah semasa proses penamaan calon kelmarin.


Proses penamaan calon bagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini,  kelmarin ditutup pada pukul 10 pagi.


Dua calon, iaitu Datuk Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmaf daripada PAS, telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.


MESRA..Jamawi beramah mesra dengan penyokong BN semasa proses penamaan calon PRK Rompian kelmarin

Antara pemimpin  Umno yang hadir memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional termasuklah Naib Presiden Umno Dato  Seri Haji Mohd Shafie Apdal dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar.

Sebelum itu, Hasan, pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, diiringi Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin,  serta pemimpin parti kompenan  BN yang lain telah berarak dari Puteri Inn, kira-kira 30 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi.

PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

No comments:

Post a Comment