Friday 17 April 2015

Program Turun Padang, Dekat Rakyat Dengan Pemimpin - Rosnah




BERSIMPATI...Rosnah bersama Muhammad Mulana Majunki Penerima  Bantuan Balik Pulih Rumah 1 Malaysia di Kampung Tengah Kinarut


PAPAR: Program membabitkan penglibatan masyarakat merupakan peluang yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil rakyat untuk mengetahui masalah atau mendapatkan pandangan mereka.


Namun, tidak semua masyarakat setempat berpeluang menyertai majlis rasmi yang dihadiri pemimpin mereka kerana pelbagai kekangan.



BAKAL BERUBAH...Ruah Muhammad Mulana Majunki akan dibantu dibaik skim Bantuan Baik Pulih Rumah 1 Malaysia anjuran AADK Sabah



Justeru itu, Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abul Rashid Shiriln memanfaatkan sepenuh penghujung minggu semasa Parlimen tidak bersidang untuk turun padang  dengan  mengambil pendekatan untuk bertemu sendiri penduduk.di bebarapa buah kampung di kawasan Parlimen Papar.



TINJAU...Rosnah ketika meninjau bekas kebakaran SK Tanaki Papar 


“Lawatan seperti ini yang sudah dibudayakan sejak  saya menjadi Ahli Parlimen di kawasan ini memberi peluang  kepada saya mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan mengambil tahu setiap permasalahan yang mereka hadapi  untuk diambil tindakan susulan lanjut” 







BANTUAN...Rosnah ketika menyerahkan bantuan peralatan sekolah kepada salah seorang ibubapa pelajar sempana lawatannya ke SK Tanaki Papar


“Jika  kita hadir untuk majlis rasmi sahaja tidak semua rakyat dapat menghadiri dan bersama di majlis yang diadakan apalagi semasa dewan rakyat bersidang tumpuan hanya di Parlimen, justeru  jika tidak ada program rasmi di Kuala Lumpur, saya gunakan peluang hujung minggu turun padang dalam program santai bersama rakyat” katanya ketika ditemui selepas mengadakan  lawatan ke bebarapa buah kampung antaranya Tengah Kinarut  kawasan Daerah Mengundi kampung Kuala Papar, juga melawat sekolah Rendah  kampung Tanaki yang musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.


ZIARAH...Rosnah ketika melakukan ziarah kepada salah seorang warga emas semasa program turun padangnya ke Kampung Kuala Papar


Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyifatkan lawatan sedemikian bukan sahaja membolehkan beliau mengetahui masalah dan bantuan yang diperlukan malah turut menerima nasihat ‘orang lama’ khususnya para pemimpin di peringkat akar umbi.







RASA HORMAT...Rosnah bersalaman dengan penduduk semasa lawatan ke kampong Kinarut Tengah

Menurut Rosnah sebagai pemimpin, masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk rakyat tanpa perlu perlu menunggu musim pilihan raya untuk mendekati  mereka sebaliknya  menggunakan masa terluang bersama komuniti supaya menjalinkan hubungan mesra antara pemimpin dengan rakyat.






PERBINCANGAN...Rosnah ketika mengadakan perbincangan bersama penduduk semasa lawatannya ke kampong Tengah Kinarut  


Katanya, hubungan itu sudah pasti boleh mengurangkan kes-kes terlepas pandang dalam setiap perkara.

Menurut beliau, rakyat lebih selesa mendekati wakil rakyat secara tidak formal kerana dapat menyampaikan masalah tanpa ada perasaan rendah diri.






TELITI...Rosnah ketika meneliti permohonan penduduk kampong semasa lawatannya di kampong Sekayan Pengalat Besar papar


"Menerusi pendekatan seperti ini rakyat lebih dekat dengan pemimpin dan mereka lebih puas hati jika dapat bercakap secara terus dan bersemuka dengan pemimpin," katanya.

Ujar beliau, perjumpaan seperti itu akan diteruskan kerana ia lebih mudah mengetahui masalah rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.




SANTAI...Rosnah berbincang dengan beberapa penduduk di kampong Sekayan Pengalat Besar Papar.


Menurut Rosnah, jika terdapat permasalahan tidak dapat diselesaikan, ia akan dilanjutkan ke peringkat atasan untuk tindakan sewajarnya.

Beliau juga meminta ketua kampung dan pemimpin masyarakat mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah supaya bersama-sama berbincang bagi mencari penyelesaian.

Pada lawatan tersebut selain mengadakan perbincangan dengan penduduk di Pusat Daerah Mengundi Kuala Papar, penduduk kampong Sekayan  Pengalat Besar Papar,  Rosnah juga meninjau ke rumah Jilive @ Muhammad Mulana Majunki yang menerima bantuan Baik Pulih Rumah 1 Malaysia anjuran AADK Sabah di kampong Tengah Kinarut dan turut meninjau keadaan sekolah Kebangsaan Tanaki yang terbakar dan menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada pelajar di sekolah tersebut.











No comments:

Post a Comment