Thursday 23 April 2015

IADA Kota Belud target Pengurangan Paras Kemiskinan di Sabah


Yahya menyentuh Wakid sebagai gamik perasmian IADA disaksikan Musbah(dua kiri) Jeremmy(tiga kiri) dan yang lain



KOTA BELUD: Timbalan Ketua  Menteri Datuk Seri Yahya Husin Berkata, Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada Kerajaan Persekutuan amnya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Katanya, khususnya, bagi menjayakan segala program dan projek yang dijalankan oleh Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud.

“Agar kadar kemiskinan rakyat negeri ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan,

“Sememangnya, menjadi hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melihat taraf hidup rakyat Malaysia terus meningkat dari masa ke semasa sehingga apabila Negara kita mencapai status Negara maju pada 2010 ” katanya.

Yahya berkata, hasrat kerajaan, tiada ada lagi orang miskin di Malaysia ataupun jumlahnya menjadi amat kecil  pada tahun 2020, ialah rakyat Malaysia mampu hidup dalam keadaan mewah, kaya,makmur dan sentosa.

“Itulah impian kerajaan dan menjadi impian kita bersama IADA”katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian kepada pemberita ketika  merasmikan Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu(IADA) Kota Belud di sini, pada Selasa.

Yahya (depan) ditemani Musbah ketika merasmi Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu(IADA) Kota Belud

Turut sama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan yang juga Adun Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli, Adun Kadamaian, Jeremmy Malajad@Ukoh, Pengarah IADA Kota Belud, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Yahya berkata, IADA Kota Belud diperuntukkan sebanyak RM29 juta bagi pembangunan infrastruktur  bagi tahun ini.

Katanya, Iada Kota Belud telah mulai beroperasi sejak Oktober 2013 dan diharap dapat meningkatkan lagi pengeluaran padi di daerah itu.

“Antara hala tuju IADA menjelang 2020 adalah meningkatkan pengeluaran hasil padi daripada 2.5 mt/ha kepada 6.0mt/ha dengan penyediaan dan pembangunan infrasstruktur sawah yang terancang dan bersepadu,

“Meningkatkan purata pendapatan petani daripada RM3,500 semusim kepada RM4,000 semusim dengan mengurangkan kos pengurusan sawah sebanyak 30 peratus kapada RM2,450”katanya.

Terdahulu dari itu Yahya berkata, berharap agar para petani dan di daerah itu sentiasa menyokong  segala usaha IADA untuk bersama membangunkan sektor pertanian dan industri itu.

“Jadikanlah bantuan ini sebagai langkah permulaan, dan juga aktiviti pertanian sebagai “Perniagaan” agar slogan, “Pertanian adalah Perniagaan” dapat direalisasikan”.

No comments:

Post a Comment