Monday 16 March 2015

ROSNAH : GERAK SEMANGAT PERPADUAN




TERBAIK...Rosnah bersama Ghulam serta pemimpin akar umbi di kampung tersebut menunjukkan isyarat  Terbaik selepas merasmikan papan tanda kampung tersebut


PAPAR: Rakyat khususnya di kawasan ini diminta supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan yang sedia ada bagi memastikan keamanan, keharmonian kaum dan pembangunan negara dinikmati  berterusan.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kerajaan Barisan Nasional  bukan sahaja prihatin tetapi sentiasa membantu dan menyelasaikan masalah serta keperluan rakyat.

Katanya ini terbukti apabila kerajaan BN telah menyediakan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi membantu meringankan beban keluarga yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, membantu pelajar melalui bantuan awal persekolahan, bantuan kepada kaum nelayan dan  petani serta lain-lain bantuan 

“Selain bantuan ini, kerajaan BN juga sentiasa komited melaksanakan pelbagai projek pembangunan insfrastruktur seperti pembinaan jalanraya, bekalan api, air dan kemudahan asas yang lain demi untuk kesejahteraan rakyat” katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian Dewan baru Kampung  Santing  Pengalat besar Papar dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur yang juga Wakil Rakyat Kawang Datuk Ghulam  Haidar Khan.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan yang popular semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, Keikhlasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak  dan di peringkat Negeri Datuk Seri Musa Haji Aman wajar dihargai semua lapisan tatkala terus dilempar dengan pelbagai dakyah dan tohmahan mengelirukan malah tetap memperjuangkan masa hadapan rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Beliau berkata, prinsip perjuangan  pemimpin dan kerajaan BN  yang mendahulukan kepentingan rakyat membolehkan rakyat terus terbela dan sekali gus menunjukkan sokongan kepada kerajaan semakin meningkat di saat kumpulan pembangkang cuba menggugat kekuatan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

“Rakyat tidak semudah itu untuk dipengaruhi memandangkan mereka sudah matang dapat menilai parti yang mampu membela nasib mereka dan bukan seperti pembangkang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kosong belaka” katanya.


Mengulas pembinaan Dewan Baru  di kampung tersebut, Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata ianya membuktikan komitmen kerajaan BN untuk menyediakan insfrastruktur untuk kemudahan rakyat.

“Pergunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai aktviiti kemasyarakatan selain menjadi pusat pertemuan untuk perbincangan bagi bertukar tukar pandangan dan pendapat untuk sama sama menyokong usaha pemimpin dan kerajaan memajukan kampong ini” jelas Rosnah



RASMI...Rosnah  sambil diperhatian  Ghulam dan pemimpin akar umbi yang lain menandatangani Plug sebagai simbol perasmian dewan baru Kampung Santing semasa majlis tersebut




LANCAR...Rosnah memerhatikan Ghulam menandatangani papan tanda kampung tersebut





MESRA...Rosnah bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba ke majlis tersebut

No comments:

Post a Comment