Monday 16 February 2015

JANJI BN KOTA BELUD JADI DESTINASI PELANCONGAN BERJAYA , KATA NAZRI



Nazri(enam kiri) Musbah(lima kiri) Salleh(tujuh kanan) merakam gambar bersama rombongan di Palm Beach, Pulau Mantanani, Kota Belud

KOTA BELUD: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keselamatan pelancong adalah salah satu agenda utama kerajaan.


Sehubungan itu katanya, keselamatan pelancong di negeri ini juga adalah terjamin, walaupun kemalangan MH170 telah menjejaskan potensi industri pelancong daripada China.


Nazri(dua kiri) Musbah(kiri) Salleh(kanan) Do Gari(dua kanan) menikmati air kelapa Pulau Mantanani, Kota Belud


“Tetapi kini terdapat statistik terbaru kedatangan pelancong di negeri ini, kelihatan meningkat dan sungguh mengalakkan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan.

“Kita juga difahamkan bahawa ramai pelancong ke Kota Belud,  khususnya di Pulau Mantanani ini,  mereka datang daripada China termasuklah juga daripada negara lain,” katanya.


Nazri(dua kiri) Salleh(dua kanan) dan Musbah(kiri) ketibaan mereka disambut dengan kibaran Bendira Malaysia dan Sabah di Pulau Mantanani,Kota Belud


Beliau yang kedua kalinya datang di Pulau Mantanai di sini, berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan mengelilingi Pulau Mantanani dengan Bot Pelancong Palm Beach bersama rombongan.

Turut mengiringi beliau ialah Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli, Pegawai Daerah Kota Belud, Gari Itam, PDRM Kota Belud dan kakitangan Persekutuan dan negeri.


Terdapat tiga lokasi dikatakan pasir ajaib tiba-tiba muncul dipersekitaran Pulau Mantanani, menjadi tarikan pelancong

Nazri berkata, Pulau Mantanani sangat berpotensi dibangunkan sebagai destinasi Hub Pelancongan di Kota Belud dan menambah, Kementeriannya akan membantu menaiktaraf parasarana untuk kemudahan asas industri pelancongan dan masyarakat Pulau berkenaan.

Menurut Nazri, lawatan beliau itu juga adalah sebahagiannya telah memenuhi permintaan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tampatan, yang juga Ahli Parilmen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Musbah Haji Jamli untuk menyahut agar Pulau Mantanani itu di jadikan Hub Pelancongan terbaharu Negara.

Sementara itu ketika ditemui Datuk Musbah berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan Menteri Pelancongan  dan Kebudayaan Malaysia berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai  merealisasikan pemantapan bahawa Kota Belud akan dijadikan salah satu destanasi pelancongan terkini di Negara ini.

Menurut Musbah, selain Pulau Mantanani Kota Belud juga mempunyai destinasi pelancongan seperti Monyet Belanda di Kampung Kawa-Kawa, Kelip-kelip di Kampung Nanamun, Pemandang Gunung Kinabalu yang Indah, Pantai Kampung Rampayan terpanjang di Malaysia dan beberapa tagal di sungai Kadamaian dan air terjun.

Nazri dan rombongan sempat melihat Monyet Belanda di Sungai Batu Gadung, Kampung Tamau oleh Borneo Bayau Tour, Pantai terpanjang Kampung Rampaian dan kelip-kelip di Kampung Nanamu.


No comments:

Post a Comment