Monday 9 February 2015

JALAN BULI SIM-SIM ‘JALAN MAUT’


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Para menunggang motorsikal yang menggunakan laluan Jalan Buli Sim-Sim harus berhati-hati apabila memandu motorsikal.


Jalan Buli Sim-Sim yang mempunyai  simpang dan bulatan amat berbahaya kepada kenderaan mahupun juga motorsikal kerana di jalan tersebut banyak sudah berlakunya kemalangan ngeri sehingga banyak mengorbankan nyawa terutamanya dalam para penunggang motorsikal.

Semalam, seorang penunggang motorsikal yang memandu laju seperti pelesit telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Rusa di Jalan Bulatan hadapan masjid daerah.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu mendakwa bahawa mereka ternampak sebuah motorsikal dipandu laju sehingga hilang kawalan  telah melanggar kenderaan yang hendak memasuki simpang ke arah jalan masjid berkenaan. 

Sejak dari awal Januari bulan lalu, statistik menunjukkan semakin banyak penunggang motor yang telah mengalami kemalangan dan maut di tempat kejadian. 

Punca ini dikatakan dari sikap para penunggang itu sendiri yang tidak berhati-hati, suka menunggang dengan laju dan biadap ; suka memotong dari arah kiri jalan sehingga mengelirukan para pengguna jalan raya yang lain.

Walaupun nahas jalan raya yang banyak mengorbankan nyawa 90 peratus yang disumbangkan oleh para penunggang dan pembonceng motorsikal tanpa ada pembelaan dari mana-mana pihak, namun mereka masih tidak serik-serik malah menjadikan kematian jalan raya sebagai bahan gurauan.


No comments:

Post a Comment