Tuesday 20 January 2015

ZAKARIA : SAMBUTAN MAUDIL RASUL UNTUK RAIIKAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW


OLEH: SHAIMON S JUMADI



GUM-GUM :  Semangat ukhuwah dan perpaduan amatlah penting dalam mewujudkan keadaan yang lebih aman dan harmoni untuk mencapai kemajuan dan kejayaan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan.


“Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja memberi ruang kepada kita untuk memperingati dan meraikan bersama Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah juga merupakan wadah kita untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan umat Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata semasa berucap di  Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Perasmian Surau As-Sofiyah di Kampung Sri Manis, Gum Guum di sini kelmarin.

Menurut Zakaria, umat Islam dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul. Ini adalah kerana Islam menuntut umat berusaha bersungguh-sungguh meraihkan kemajuan dan keteguhan ekonomi berpaksikan syarak.

“Dengan membetulkan salah anggapan terhadap ajaran Islam berhubung tuntutan meraihkan dunia, umat Islam tdak patut lagi berlengah tetapi mesti melipatgandakan usaha memacu diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam menerpa laju menuju masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.

Selaras dengan itu, Kerajaan melakukan pelaburan besar untuk memperkasakan pendidikan di semua peringkat di samping memberi penekanan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan. 

Pelaburan dalam bidang pendidikan sememangnya berbaloi untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama bagi menggerak pembangunan yang lebih holistik menjana ummah gemilang, tambah Zakaria.

Dalam hubungan ini, membina semula penguasaan terhadap ilmu adalah kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita dan kemahuan untuk memantap ukhuwah memperkasa sekaligus menggemilangkan semula Islam dan umatnya di sepanjang zaman, kata beliau.

Sementara itu, Zakaria juga mengingatkan umat Islam di Kampung Sri Manis supaya mengimarahkan Surau As-Sofiyah yang didirikan dengan indah ini di atas tanah wakaf individu.


Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta para pemimpin setempat dan penduduk kampung berkenaan.

No comments:

Post a Comment