Wednesday 14 January 2015

WANITA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG UMNO BAHAGIAN, KATA NORAINI



OLEH: SHAIMON S JUMADI


NORAINI BERUCAP....Wanita UMNO Sandakan sentiasa berdiri teguh di belakang UMNO Bahagian


SANDAKAN : Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya di sidang Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan pagi tadi, antara menjelaskan Wanita UMNO sebagai tulang belakang akan tetap dan sentiasa berdiri teguh di belakang Bahagian UMNO Sandakan.



Katanya, Wanita UMNO akan membantu apa saja demi mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNO di peringkat Bahagian hingga ke akar umbi.

“Maka dengan itu, demi memartabatkan dan mengukuhkan perjuangan UMNO Bahagian, lantas Wanita sebagai sayap kiri dan merupakan tulang dan tunjang perjuangan UMNO makanya Wanita UMNO memperbanyakkan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam beberapa aspek” katanya.

“Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan  Bahagian dan ahli-ahli UMNO yang lain sama ada di peringkat cawangan Pemuda, Puteri dan cawangan-cawangan Wanita telah memberikan kerjasama yang jitu kepada wanita UMNO Sandakan dalam membantu apa jua program yang dijalankan” ujarnya.

Katanya, kerjasama yang erat di kalangan ahli-ahli UMNO Sandakan sememangnya diperlukan demi menjamin keutuhan perjuangan UMNO Sandakan untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menggugat kestabilan politik di setiap masa dan waktu.


No comments:

Post a Comment