Wednesday 14 January 2015

SPRM HARUS SIASAT KELEWATAN PROJEK JALAN BATU 8 DAN JALAN SEGALIUD


DARI KACAMATA WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI




KEDUA-dua projek pelebaran jalan antara Jalan Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk Sandakan seboleh-bolehnya harus segera dipercepatkan penyiapan sepenuhnya.


Hal ini kerana  kedua-dua jualan yang dimaksudkan itu adalah merupakan jalan dan laluan utama kepada pemandu yang berulang alik  dari satu tempat ke tempat lain.

Kegagalan pihak Kontraktor menyiapkan kedua-dua projek pelebaran jalan-jalan itu  selama hampir empat tahun ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada setiap pengguna jalanraya  setiap hari.

Contohnya  jalan Segaliud-Bukit Garam sejauh hampir 10 batu itu yang penuh gravel; ianya bukan sekadar membahayakan kepada para pemandu bahkan juga boleh merosakkan kereta-kereta kecil yang hari-hari lalu di jalan itu.

Seperti projek pelebaran Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk, ia bermula pada tahun 2011 lagi. Pihak kontraktor berkali-kali menjanjikan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  bahawa projek itu akan  siap sepenuhnya pada hujung bulan Disember 2013 tetapi tergendala atas alasan yang diberikan berpunca daripada masalah tiang elektrik dan kabel telekom.


Sedangkan pihak kerajaan telah membayar kos untuk pencabutan tiang elektrik dan tiang kabel telefon, pihak SESB menerima pembayaran RM6 juta dan pihak Telekom RM5 juta  dalam masa yang sama; semua tiang-tiang  elektrik dan tiang-tiang kabel telekom yang didakwa sebagai mengganggu kerja-kerja projek pelebaran jalan itu dan dianggap sebagai punca kelewatan penyiapan sepenuhnya, kini tiang-tiang tersebut sudahpun habis dicabut kesemuanya.

Pihak JKR kemudian melanjutkan tempoh semula jadual sehingga hujung Disember 2014 bahawa projek itu mesti disiapkan sepenuhnya namun sekali lagi meneumi jalan gagal. Kemudian JKR melanjutkan lagi jadual untuk menyiapkan projek pada awal April 2015, hanya tinggal 3 bulan sahaja, bolehkah siap sepenuhnya?

Ramai orang berpendapat dan memberi pandangan masing-masing  mengenai kelewatan projek pelebaran antara Jalan Segaliud-Bukit Garam Jalan Batu 8 Ke Batu 16 Jalan Labuk; mereka menyalahi pihak kerajaan khususnya JKR kerana terlalu berlembut dengan pihak-pihak kontraktor yang dilantik oleh kerajaan yang telah gagal berkali-kali  dalam  melaksanakan kedua-dua projek tersebut.


Dalam perkara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tidak boleh berdiam diri. Mereka harus masuk campur dan membuat penyiasatan terperinci tentang Integriti Kontraktor terbabit.

Kemungkinan besar, pihak JKR dan pihak Kontraktor melakukan aktiviti kurang sihat seperti ‘kapset’ atau sedang berlaku unsur-unsur rasuah dalam kalangan mereka.

Sepatutnya kalau kontraktor A yang telah gagal menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan, mereka harus disingkir dan ganti kontraktor dengan baru untuk menyambung semula kerja-kerja pelaksanaan projek berikutnya dan bukannya membiarkan kontraktor A yang gagal berkali-kali masih meneruskan projek tersebut. 

Hal ini yang menyangsikan rakyat jelas pihak JKR telah menerima sogokan  daripada kontraktor A tadi.

Diharap pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengikuti perkembangan cerita mengenai masalah projek Jalan Raya di kedua-dua tempat ini akan mengambil tindakan dan menjalankan penyiasatan terperinci.

Mereka mesti mencari punca-punca sebenar kelemahan yang belaku terhadap projek ini agar para pengguna jalanraya berpuasa hati dan tidak menimbulkan sebarang kesangsian dan keraguan terhadap penyelewengan ini.

Kelewatan menyiapkan  kedua-dua projek itu merupakan punca sebenar sering kali berlakunya kemalangan jalanraya yang banyak mengorbangkan nyawa orang-orang yang tersayang mati ‘Kojol’ di atas kedua-dua jalanraya tersebut.

Boleh  dikatakan dalam 1,000 orang Sandakan kebanyakkannya mati adalah 70 peratus adalah atas sebab kemalangan jalan raya Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk manakala selebihnya mereka mati akibat sakit.

Dalam erti kata lain, kelewatan projek penyiapan Jalan Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk  jelas kedua-dua jalan ini adalah penyumbang besar dalam kemalangan jalan raya setiap hari setiap masa dan setiap waktu.

Makanya para pemandu yang melalui kedua-dua jalan itu harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu di atas jalan raya di kedua-dua tempat ini kerana silap langkah silap hari bulan silap waktu anda pastinya menjadi korban nahas jalan raya dalam  sekelip mata sahaja bakal meninggalkan orang-orang yang tercinta pergi buat selama-lamanya


Tengok saja orang Sandakan semakin hari semakin hampir pupus 70 peratus mereka mati diatas jalan raya, bayangkan kalau kemalangan dalam sehari hingga 10 orang terkorban dalam 30 hari sudah berapa jumlahnya kalau setahun?

No comments:

Post a Comment