Wednesday 28 January 2015

MANGSA KEBAKARAN KG GAS TERIMA PERALATAN DARI MP BATU SAPI



Linda (3 kiri ) menyampaikan chainsaw kepada mangsa kebakaran Kampung Gas yang diterima oleh seorang  wakil sambil diperhatikan oleh pegawai beliau dan penduduk kampung


BATU SAPI :  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Gas berupa sebuah gergaji berantai (Chainsaw) untuk mereka menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan bekas tapak kebakaran.



Mesin berkenaan telah disampaikan oleh Linda sendiri kepada wakil mangsa kebakaran ketika beliau melawat mangsa-mangsa di penempatan sementara yang terletak di Kampung Gas Baru.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin masyarakat daalam kawasan berkenaan.

Seramai 273 orang dari 46 buah keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di  perkampungan tersebut penghujung bulan lepas terletak di kawasan Batu Sapi .

Kebakaran yang berlaku pada pagi 27 Disember lepas telah memusnahkan sebanyak 17 buah rumah tetapi tiada laporan kemalangan jiwa.

No comments:

Post a Comment