Saturday 31 January 2015

DAP SAMBUT BAIK TINDAKAN AIR-ASIA BATALKAN SURCAJ BAHAN API


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Tindakan Air Asia dan Firefly yang telah membatalkan surcaj bahan api akibat harga minyak global (antarabangsa) sudah turun  menjunam disambut baik oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien  Fatt dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Wong  menggesa kerajaan BN dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memberi penjelasan kepada rakyat bahawa bilakah tarif elektrik akan diturunkan?

Wong berpendapat bahawa, kerajaan BN bertanggungjawab untuk menggesa TNB menurunkan tarif elektrik. Kerajaan tidak harus hanya reti membenarkan kenaikan tariff, terutamanya kadar kenaikan tarif elektrik Sabah jauh lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung.
Beliau berkata, semasa harga minyak naik, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan segera. 
Tetapi kini, harga minyak antarabangsa telah menurun melebihi 50%, TNB tidak patut berpura-pura tidak tahu malah sehingga kini masih belum menurunkan tarif elektrik.
Menurut beliau, mengikut pengiraan dan harga minyak antarabangsa pada masa kini, tarif elektrik sepatutnya menurun sekurang-kurangnya 20%.
Kata beliau, Sarawak telah mengumumkan penurunan tarif elektrik bermula pada tahun ini. Kadar unit 1 hingga 150 dikurangkan 40%, kadar unit 150 hingga 200 dikurangkan 30%, kadar unit 200 hingga 300 dikurangkan 20%, kadar unit 300 hingga 400 dikurangkan 10%, kadar unit 400 dan ke atas dikurangkan 2 hingga 4%.
Tambah beliau, dengan penurunan tarif elektrik ini, pengguna elektrik negeri Sarawak yang tidak perlu membayar bil elektrik (bil elektrik RM20 dan ke bawah), telah bertambah daripada 60 ribu pengguna kepada 70ribu-130ribu pengguna.
Wong berkata, Sarawak boleh mengurangkan tariff elektrik, sebab utamanya ialah penjanaan elektrik di negeri Sarawak, 80% adalah kepunyaan kerajaan Sarawak manakala Tenaga Nasional hanya 20%. 
Di Sabah pula Tenaga Nasional mengambil 80%, manakala kerajaan negeri hanya mendapat 20%.
Kerajaan Sabah tidak dapat berbuat apa-apa tanpa persetujuan TNB. Tetapi jika TNB menaikkan tarif elektrik Sabah, kerajaan negeri Sabah tidak dapat menghalang.
Kata beliau, Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkan tarif elektrik pada tahun ini. Tetapi sepatutnya tarif elektrik harus diturunkan sedangkan harga minyak telah menurun melebihi 50%. Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut, adalah tidak bermakna langsung.

Beliau berpendapat bahawa, YB Barisan Nasional harus prihatin terhadap masalah penurunan tariff elektrik, kerana ini melibatkan semua lapisan masyarakat khasnya golongan berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment