Monday 19 January 2015

DAP CABAR PRESIDEN MPS LETAK JAWATAN!


OLEH: SHAIMON S JUMADI

JAMES...hanya dilantik oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyusahkan rakyat Sandakan 

LIBARAN : Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Sandakan menyelar pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang tidak mengambil sebarang tindakan mengenai masalah yang terdapat di Gerai Tingkat 3 Pasar Batu 8, Jalan Labuk.


Banyak masalah yang dihadapi; sistem peparitan tersumbat, penapis minyak rosak ditinggalkan tidak diganti baru, saling bocor di sana-sini dan lantai menakung air walaupun perkara ini sudah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak MPS namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Hiew berkata demikian selepas menerima aduan dan meninjau keadaan pasar tersebut. Hiew juga berpendapat bahawa sikap pihak berkuasa yang tidak menghiraukan aduan-aduan pengusaha gerai makanan di pasar, adalah bertentangan dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri selama ini atas konsep 1Malaysia.

Menurut Hiew, semasa hari hujan, siling bocor dan air menitis menyebabkan lantai bertakungan air. Para peniaga membersihkan lantai tersebut supaya perniagaan tidak terganggu. 

Apabila sistem perparitan tersumbat, para peniaga terpaksa memakai kasut boot getah untuk berniaga, malah ada kalanya terpaksa berjalan dan dikelilingi air kotor dan busuk sambil melayan pelanggan yang datang ke kedai mereka. 

TIDAK SELESA...Para Peniaga tidak selesa dengan keadaan sekeliling
Persoalannya,  manakah kakitangan MPS telah pergi?

Beliau juga berkata, setiap gerai di Pasar batu 8 terdapat sebuah penapis minyak, tetapi telah ditanggalkan oleh pihak MPS setahun yang lalu. Sehingga ke hari ini, penapis minyak berkenaan belum ada pengganti baru, hal ini telah menimbulkan masalah kepada para peniaga.

Pihak berkuasa patut menjelaskan di manakah penapis minyak berkenaan, dan mengapa tidak dipasang balik setelah ditanggal?

Hiew menggesa pihak MPS mengambil berat terhadap masalah ini, jangan hanya memberi alasan bahawa MPS tiada peruntukkan khusus.

Hiew juga mengkritik Presiden MPS tidak berupaya untuk mengurus sebuah pasar yang berada di bawah daerah pilihan raya Ketua Menteri.

Oleh itu, Presiden MPS patut meletak jawatan dan memohon maaf, memberikan ruang kepada orang yang ada kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat, supaya keadaan Sandakan tidak bertambah teruk.

Katanya lagi sejak James Wong dilantik sebagai Presiden MPS dalam beberapa tahun ini, beliau telah gagal menjalankan tugas-tugasnya sebagai orang nombor satu di pentadbiran kerajaan. Banyak masalah rakyat di Sandakan tidak dapat diselesaikan malahan keadaan di sekeliling kawasan Sandakan bertambah teruk. 


Ternyata Presiden MPS James Wong memang tidak layak jadi Presiden sebab langsung tidak tahu bekerja serta ‘tidak berguna’.

1 comment:

  1. KETUA MENTERI HARUS TUKAR JAMES WONG NANTI BN KALAH MACAM PRU 13 LALU GARA2 MPS TAK BECUS BUAT KERJA BN JADI MANGSANYA

    ReplyDelete