Saturday 31 January 2015

BATU BERSUMPAH KENINGAU KEMBALI?

Oleh : Krew Sabahkini.net

BEZA.....terdapat perbezaan antara Batu Bersumpah Keningau yang telah diubah(kiri) dan yang asli (kanan)


KOTA KINABALU : Susulan sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, satu keputusan telah dibuat agar Batu Bersumpah Keningau bakal ditempatkan dan dikembalikan semula ke suatu lokasi dengan meletakkan semula perkataan yang telah hilang.





"Batu Sumpah akan diletakkan di hadapan Jabatan Tanah dan Ukur di daerah Keningau manakala tiga perkataan penting yang hilang Kerajaan Malaysia Jamin akan dikembalikan semula secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Muzium Negeri di sini.

Kurup berkata, perkataan ‘Kerajaan Malaysia Jamin’ yang telah hilang dari permukaan batu berkenaan didakwa akibat kecuaian Pengukir asal. Kerajaan tidak pernah mempunyai niat malafide untuk memadamkan perkataan berkenaan dari permukaan plak.

Terdahulu, terdapat beberapa teori kebarangkalian kemungkinan mengenai kedudukan artifak berkenaan yang telah dipindahkan; memberi laluan kepada projek jalan raya awal sekitar tahun 1970an atau pun baru-baru ini yang mana tiada sesiapa pun dapat menyedarinya dengan pasti.

Plak berkenaan yang dikenali sebagai “Oath Stone’, ditempatkan di daerah Keningau sebagai mercu tanda terhadap perpaduan kaum, budaya, adat, tanah dan agama yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. 



Hak-ahak yang dijanjikan adalah seperti berikut:

1. Bebas menganut sebarang ugama di dalam negeri Sabah.
2. Tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan negeri Sabah.
3. Segala adat istiadat adalah dipelihara dan dihormati oleh Kerajaan.


No comments:

Post a Comment