Sunday 21 December 2014

PROGRAM IBU TUNGGAL DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Sejajar dengan Wawasan 2020, Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah merealisasikan hasrat negara untuk mencapai status  negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


Tahun 2020 adalah merupakan tunjang pembangunan ekonomi negara, perkhidmatan awam sedang giat melaksanakan agenda transformasi negara dengan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif.



Selaras dengan strategi Lautan Biru kebangsaan (National Blue Ocean Strategy-NBOS) yang telah diperkenalkan adalah sebagai satu pendekatan bagi melengkapi pelaksanaan Program Transformasi Nasional demi tujuan  pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat umumnya.

Penaung Panel  Penasihat Kesihatan KKIA Sandakan Datin Hajah Junaidah Aji berkata demikian ketitaka berucap marasmikan Program Ibu Tunggal NBOS 7 Peringkat Daerah Sandakan anjuran Jabatan Kesihatan Kawasan Sandakan yang diadakan di  perkarangan Klinik Ibu Dan Anak Sandakan pagi tadi.

Katanya lagi Strategi Lautan Biru Negara atau ringkasnya NBOS iaitu satu program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri  yang memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu a) Penghasilan Idea yang Kreatif b) Kolaborasi antara Jabatan atau agensi c) Memerlukan kos perbelanjaan yang minimum d) Melaksanakan dengan segera e) Meningkatkan system penyampaian kerajaan kepada rakyat  dan hasilnya berimpak tinggi.


Program yang diadakan bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah dihadiri seramai 200 orang termasuk 70 orang ibu tunggal.

No comments:

Post a Comment