Sunday 21 December 2014

MASALAH BANJIR DI SANDAKAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Nampak  jelas sekali Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR)  tidak begitu memberi perhatian langsung di beberapa kawasan rendah yang mudah dilanda banjir termasuk di kawasan Light Industry SECDO Fasa 2 Batu 3 Jalan Northen Ring.


Kebanyakkan  saluran longkang mahupun parit  tidak diselenggarakan  ini mengakibatkan air bertakong sehingga kawasan rendah mudah dilandar banjir kilat. 

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong,  selepas menerima beberapa  aduan daripada penduduk berkenaan bergegas meninjau di kawasan SEDCO yang  telah dilanda banjir itu.

Menurut pengadu,  setiap kali hujan air begitu cepat mengalir hingga masuk ke dalam bengkel atau kilang-kilang berhampiran adalah berpunca daripada saluran parit tersumbat  lalu air tersekat sehingga tidak dapat mengalir keluar

“Setiap kali selepas menerima aduan, MPS mengarahkan pekerja untuk menggorek parit di kawasan berkenaan, tetapi tidak meneliti  dan mengkaji punca yang sebenarnya. Ini mengakibatkan masalah yang berlaku bertahun-tahun itu tidak dapat diatasi dan menyusahkan para pengusaha” Kata Wong

Beliau berharap agar pihak MSP, JPS dan JKR dapat mengambil tindakan dengan serta-merta, menangani masalah perparitan di kawasan tersebut dengan berkesan, jangan bertangguh sehingga hujan turun dan banjir lagi, menyebabkan para pengusaha mengalami kerugian dan kesusahan.

Wong juga mengambil berat terhadap masalah kerosakan jalan di kawasan tersebut dan menyifatkan status jalan di kawasan SEDCO tersebut seumpama tiada kerajaan yang mengurus dan menjaga.

Katanya, MPS sebagai kerajaan tempatan, harus mengingati tanggungjawabnya dan mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah perparitan dan kerosakan jalan akibat takungan air.

Beliau menekankan bahawa, para pengusaha di kawasan tersebut semuanya ada membayar cukai pintu dan cukai lesen, MPS berkewajiban untuk menyelenggara dan membekalkan kemudahan asas kepada mereka.


No comments:

Post a Comment