Tuesday 23 December 2014

KEMPEN PERIKSA DARAH




OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Mulai 28hb Disember 2014 setiap hari ahad, Kelab Penyokong Kerajaan BN Sandakan - Sabah dengan kerjasama pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan akan mengadakan kempen pemeriksaan darah  di Pasar Tamu Minggu bandar ini bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.


Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharul Asyik  berkata kepada media sejurus selepas mengadakan program Kaunter Penambahan Keahlian Kelab itu di Pasar Tamu Minggu kelmarin.

Katanya tujuan kelab itu dan pihak  HDOK mengadakan program pemeriksaan darah adalah untuk membantu kepada masyarakat di daerah ini yang mengidap darah tinggi dan sebagainya.

“Orang ramai yang ingin mendapat rawatan pemeriksaan darah bolehlah datang pada setiap hari ahad di Pasar Tamu Minggu jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 petang

Bercakap tentang keahlian, Hajah Rauyah berkata Kelab Penyokong Kerajaan BN Sandakan baru sahaja ditubuhkan pada bulan 10hb Oktober lalu yang berusia tiga bulan kini jumlah keahliannya, telah mencecah hampir 3,300 orang ahli.

Katanya masyarakat Sandakan memang gemar menyertai kelab ini kerana fungsinya menjurus menjalankan pgroram-program yang berkaitan dengan kerajaan BN.

“Pihak kelab ini sudah pun menyusun rapi beberapa aktiviti-aktiviti untuk program tahunan kelab ini bagi sepanjang tahun 2015” ujarnya.

No comments:

Post a Comment