Tuesday 30 December 2014

KEMPEN DERMA DARAH DAN CARI AHLI BARU KELAB DAPAT SOKONGAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Program Derma Darah anjuran bersama pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Sandakan-Sabah yang diadakan di Pasar Minggu bandar ini  mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.


Program yang dimulakan pada jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang  telah berjaya  mendapat 50  beg plastik  darah hasil daripada para penderma yang membabitkan seramai 50 orang.

Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata, tujuan mengadakan program tersebut adalah untuk membantu pihak hospital untuk mendapatkan darah daripada orang ramai untuk rizab Tabung Darah.

Selain program derma darah yang mendapat sambutan menggalakkan itu, tidak kurang juga pada masa yang sama  program mencari keahlian baru bagi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Sandakan-Sabah juga mendapat sambutan yang membanggakan.

“Kelab ini berjaya menarik perhatian seramai  50 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli biasa kelab ini dan kini jumlah keseluruhan ahli  kelab ini telah mencecah 4,500 orang” jelas Hjh Rauyah.

“Apapun kami mengucapkan terima kasih kepada para penderma darah dan juga terima kasih kepada penduduk setempat kerana sudi mendaftar untuk menjadi ahli kelab Penyokong BN Sandakan” kata Hjh Rauyah

No comments:

Post a Comment