Tuesday 30 December 2014

KAMPUNG GAS DAN PISANG DAPAT BANTUAN DAP




OLEH: SHAIMON  S JUMADI 

BATU SAPI : Mangsa kebakaran di dua buah kampung Gas dan Kampung Pisang di kawasan DUN Sekong nampaknya tidak terpinggir untuk mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang sudi menghulur bantuan kepada mangsa tersebut.

Tragedi kebakaran di Kampung Gas yang membabitkan 17 buah rumah dan melibatkan  182 keluarga yang tinggal sehelai sepinggang diberi bantuan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong kelmarin.



Mantan Calon DUN Tanjung Papat Frankie Poon, Mantan calon  DUN Karamunting Calvin Chong dan Pegawai Khas MP Sandakan Amsi Liew bagi pihak Stephen Wong telah menyerahkan bantuan tersebut  kepada mangsa-mangsa kebakaran itu.

Tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa -mangsa kebakaran.

Dalam tragedi kebakaran yang berasingan yang berlaku  di Kampung Pisang dalam kawasan Batu Sapi  juga turut sama  tidak diabaikan bahkan mereka mendapat bantuan daripada DAP Sandakan.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew dengan ditemani oleh mantan calon DUN Tg Papat Frankie Poon.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan  berkata mereka yang telah ditimpa musibbah itu harus bersabar; ada hikmah di sebalik musibah berkenaan.

No comments:

Post a Comment