Friday 12 December 2014

KEKUATAN AHLI-AHLI UMNO PENYATUAN AHLI-AHLI KOMPONEN BN


OLEH:  SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN - Ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran akan sentiasa berganding bahu untuk memikul tanggungjawab masing-masing dalam mempertahaNkan perjuangan parti BN yang menjadi tunggak dan nadi pemerintahan negara sekarang.




Dengan adanya gadingan mantap dan kerjasama yang intim sesama  ahli komponen BN, sudah semestinya jentera BN khususnya di daerah Sandakan dapat menawan semula kerusi BN yang jatuh kepada pembangkang pada PRU 13 lalu.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon membuat saranan itu  demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Program Membara Jasamu Dikenang 2014 anjuran bersama UMNO Bahagian Sandakan dan JASA Sandakan.



“Kekalahan calon BN pada PRU13 lalu ini adalah disebabkan permainan kotor  orang dalam sendiri yang mahu menghancurkan calon BN sehingga kecundang  dan sebaliknya memberi ruang kepada calon pembangkang untuk meraikan kemenangan untuk kerusi Parlimen Sandakan” ujarnya.

“Jadi, kekalahan itu boleh dijadikan satu ikhtibar kepada semua penyokong dan pengundi BN agar fenomena sebegini tidak akan berulang lagi pada masa PRU14 nanti. Yang penting ahli-ahli komponen BN seperti UMNO,LDP, UPKO, PBRS, MCA,MIC dan Gerakan harus berganding bahu untuk menentukan calon BN tidak kecundang sebaliknya meraikan kemenangan yang besar” katanya.

Tambahnya, ahli-ahli di peringkat semua cawangan sama ada Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO harus bergerak turun padang untuk mencari ahli baru UMNO di samping itu mereka harus membuka kaunter bagi  mengadakan program daftar pemilih baru.

Sambil itu, Ampong berterima kasih kepada ahli-ahli komponen BN iaitu LDP kerana setiap program anjuran UMNO, pastinya mereka membawa ahli lain bersama.


Dalam pada itu, lebih 40 orang ahli UMNO yang telah berjuang sama-sama dengan  UMNO semenjak mula UMNO ditubuhkan di Sabah, masing-masing menerima hamper daripada bahagian sebagai menghargai perjuangan mereka.

No comments:

Post a Comment