Sunday 16 November 2014

PESAKIT KRONIK PERLU PERHATIAN AHLI POLITIK SABAH



Bakti Kadamaian : Pengerusi Bakti Kadamaian, Dr Joshua mengunjungi Buhu dan anaknya , Eldy Timbun, 6 tahun di Kampung Takulung, Mukim Losou.

Oleh : ROZIE JUMAT (Ahli Jawatankuasa Bakti Kadamaian)

KOTA BELUD - Persatuan Bakti Kadamaian menggesa para pemimpin agar tampil membantu  pesakit kronik, warga emas, orang tua yang terlantar bersendirian dan OKU agar dapat diberi perhatian yang sewajarnya. Sumber kewangan dikenal pasti sebagai punca mengapa pesakit kronik ini tidak dapat memenuhi temujanji berjadual dari hospital berhampiran.

Pengerusinya, Dr.Joshua Giling yang membuat kunjungan terhadap pesakit yang mengadu mereka tidak dapat mendapat pemeriksaan selanjutnya disebabkan oleh faktor kewangan. Bukan itu sahaja, rata-ratanya pesakit ini tidak mempunyai sumber pendapatan disebabkan tidak boleh bekerja, tua dan tidak mendapat bantuan.

Prihatin....sebagai seorang Pegawai Perubatan juga sebagai Pengerusi Bakti Kadamaian

Dr.Joshua yang juga seorang Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan turut mengunjungi pesakit OKU yang tidak mendapat bantuan, tinggal bersama dengan 6 orang adik beradik dan seorang warga emas yang telah kehilangan tempat bergantung.
Buhu Tongkisus 40 tahun, memberitahu Eldy Timbun adalah pesakit OKU terlantar di katil sejak bayi sehingga kini, dengan fizikal kepala yang besar  itu tidak boleh membesar dengan normal. Ibu tunggal itu tidak dapat bekerja memandangkan pesakit itu perlu penjagaan yang rapi.
“Selepas membuat pemeriksaan perubatan, saya dapati keadaan penyakit anak hydrocephalus itu adalah agak stabil tetapi sangat kekurangan zat makanan. Kebersihannya kurang baik kerana ibunya tidak mampu beli pampers , makanan tambahan dan keperluan lain,” kata Dr.Joshua yang disertai oleh ahli Bakti Kadamaian di Kampung Takulung Mukim Losou.
Oleh itu kata Dr.Joshua, Bakti Kadamaian memohon keprihatinan pihak yang berwajib agar keluarga itu dilawati oleh Jabatan Kebajikan Kota Belud untuk mengurus kebajikan jangka panjang.
Menurutnya, pemimpin masyarakat khususnya pemimpin politik yang berjawatan  perlu mengambil perhatian  tindakan dengan segera untuk memproses kelulusan kebajikan OKU, warga emas yang tinggal bersendirian, ibu tunggal atas kesedaran ramai rakyat yang perlu pembelaan.
“Mungkin kerana faktor  salah pandang atau pesakit ini telah dilupakan dari radar perhatian Pemimpin Politik sebagai sepatutnya jadi pembela utama kesengsaraan hidup mereka,” kata Dr.Joshua.
Pengasas Bakti Kadamaian itu berkata sekurang-kurangnya Politikus membantu mempercepatkan bantuan pesakit kronik dan  OKU  dapat diluluskan dengan segera dan memberi bantuan pengangkutan secara berjadual ke hospital kerajaan berdekatan mengikut tarikh temujanji yang hanya 3-4 kali setahun.
Beliau berkata, bantuan kebajikan perlu diteruskan oleh kerajaan dan keperluan di kawasan Kadamaian agak merisaukan kerana ramai pesakit kronik yang hanya berserah kepada nasib hidup disebabkan kewangan.
“Kesejahteraan rakyat di luar bandar perlu diambil perhatian kerana kemerosotan kesihatan akan menghalang sumber pendapatan seterusnya menyebabkan kemisikinan,” ujar Dr. Joshua.
Kata Dr. Joshua, Bakti Kadamaian sentiasa memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membela rakyat dan persatuan ini mengambil peranan.
Bakti Kadamaian turut mencadangkan sebuah Klinik Kesihatan dapat diwujudkan di kawasan Bangkahak untuk memudahkan penduduk berhampiran yang jauh dari Hospital Daerah. 
Beliau turut mengalu-alukan sumbangan kepada pesakit kronik ini dengan menghubungi Junim HP 0148626498 atau Rozie HP 0138775311.



No comments:

Post a Comment