Thursday 13 November 2014

LIMA HARI TAMAN MESRA TIDAK DIBEKALKAN AIR PAIP OLEH MPS





OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN - Sejak  hari Jumaat  lagi   sudah masuk hari ke 5 berturut-turut  beberapa blok bangunan Taman Mesra tidak dibekalkan air paip. Hal ini telah menimbulkan kerasaan dan kemarahan di kalangan penduduk terbabit.


Menurut beberapa orang penduduk, ketiadaan bekalan air paip ini sudah pun dimaklumkan kepada pihak bahagian Aduan di pejabat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), malangnya sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil.

Kata seorang penduduk Taman Mesra, biasanya kalau pihak MPS hendak memutuskan bekalan air ke kawasan taman berkenaan, mereka mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai pemotongan  bekalan air tersebut supaya penduduk dapat menyimpan air sebagai stok.

“Inilah yang tidak bagusnya  dengan perkhidmatan pihak MPS. Kalau penduduk gagal membayar rumah selama  tiga bulan , mereka dihalau keluar tanpa  diberi sebarang notis keluar rumah. Tanpa disedari datang beberapa orang pegawai yang bertindak serta-merta menyita rumah berkenaan. Sementara itu, penghuninya diheret ke Balai Polis berminggu-minggu lamanya ditahan di dalam lokap. Mereka hanya dibebaskan setelah  hutang sewa rumah dilunaskan”, kata seorang penduduk Taman Mesra yang enggan mendedahkan namanya.

“Ketiadaan air selama 5 hari mangkok tandas dipenuhi oleh tahi (najis) menyebabkan  mereka terpaksa  pergi mencari alternatif lain. Mujurlah mereka berharap pada penggunaan air pili bomba walaupun airnya tidak dirawat namun terpaksa digunakan untuk membasuh pakaian, mandi dan lebih menyiksakan digunakan sebagai air minum seharian”  kata Jurucakap penduduk.


No comments:

Post a Comment