Thursday 6 November 2014

KETIDAKSEIMBANGAN GAJI DAN HARTA DI MALYSIA SEMAKIN MENINGKAT, LAPOR KAJIAN

OLEH ANISAH SHUKRY


Kekayaan tertumpu pada golongan yang sedia kaya sambil ketidaksamaan meningkat dalam hartanah dan pendapatan di Malaysia, menurut kajian bersama Universiti Malaya (UM) dan Institut Penyelidikan Khazanah.

Kajian ini meliputi kedua-dua sektor swasta dan awam, dan menunjukkan data rasmi daripada Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) menunjukkan dapatan yang bertentangan jika dibandingkan dengan data mengenai gaji sektor swasta, penggajian sektor awam dan Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC).



Dr Lee Hwok Aun (gambar) dari UM dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Khazanah  mendapati sambil HIS melaporkan penurunan dalam ketidaksamaan pendapatan isi rumah kasar, sumber data lain menunjukkan ketidaksamaan dari segi pendapatan peribadi dan pemilikan rumah semakin meningkat.

"Kami menemukan bukti ketidaksamaan berkembang dalam pendapatan kedua-dua sektor awam dan swasta dan semakin tertumpu pada tingkatan strata paling atas," Muhammad memberitahu satu seminar bertajuk "Benarkah ketidaksamaan di Malaysia menurun?" di UM hari ini.

"Dari segi pemilikan kekayaan, ada juga peningkatan bagi ketidaksamaan dalam pemilikan hartanah."
Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013, kata para penyelidik.

(Indeks pekali Gini mengukur agihan pendapatan di negara tertentu. Menurut HIS, pendapatan isi rumah kasar Malaysia pada 2012 adalah 0.43).

"Simpanan daripada separuh bahagian pemegang akaun KWSP jatuh daripada 2004 hingga 2013, manakala terdapat sedikit peningkatan dalam penumpuan di bahagian atas sebanyak 1%," kata Dr Lee, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Perkembangan.

Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.

Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.

"Terdapat banyak penumpuan terhadap kedudukan atasan, yang mirip dengan penemuan KWSP. Pihak pengurusan atasan menikmati pendapatan lebih tinggi," kata Lee. Pada 1999, pihak pengurusan atasan terdiri daripada 0.09% daripada staf, sementara pengurusan dan profesional adalah 14.07% daripada staf.

Tetapi pada 2012, 0.17% daripada kakitangan adalah pengurusan tertinggi dan 29.80% adalah daripada pihak pengurusan dan profesional. "Perbezaan antara pihak atasan dan bawahan mungkin meningkat," kata Lee.

Para penyelidik mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun juga meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada NAPIC.

"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun," kata Muhammad. Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data.

Para penyelidik juga berkata data menunjukkan jualan kenderaan penumpang  kereta mewah meningkat dari 2001 hingga 2011. "Ada kenaikan kenderaan yang dijual pada peringkat atasan dan bawahan, dan pertumbuhan pesat kereta jenama mewah dan kompak," kata Lee.

Data daripada dana unit amanah swasta seperti Amanah Saham Berhad menunjukkan majoriti pemilikan sangat sedikit dan menyaksikan saham mereka merosot dari 2007 hingga 2012, kata Muhammed. Saham bawah 50% pemegang saham ASB menurun daripada 3% kepada 2%, manakala 80 hingga 90 peratus menyaksikan peningkatan pemilikan saham daripada 76% kepada 77% dari tahun 2007 hingga 2012, menurut penyelidik.

Tetapi para penyelidik menyatakan menurut HIS, ketidakseimbangan pendapatan isi rumah menunjukkan trend menurun sejak 2004. "Menurut HIS, pekali Gini Malaysia pendapatan isi rumah kasar menyusut 0.84% setiap tahun dari 2004 hingga 2012, manakala pada tahun 2000, 40% menikmati pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi," kata Lee.

Para penyelidik mencadangkan perbezaan antara kajian HIS dan mereka mungkin disebabkan HIS tidak mengambil kira pendapatan setiap individu dalam sebuah rumah tangga. "HIS merekodkan agregat pendapatan isi rumah kasar. Tidak ada perbezaan antara pendapatan yang diperoleh dan pendapatan kasar," kata Lee.

"Ketidakseimbangan pendapatan isi rumah kasar mungkin merosot sementara ketidakseimbangan pendapatan peribadi naik kerana pemindahan dan golongan pendapatan berganda dalam sebuah rumah tangga."  (MALAYSIAN INSIDER)

No comments:

Post a Comment