Tuesday 11 November 2014

Badminton terapi terbaik saya, kata Chong Wei


Pemain badminton negara Datu Lee Chong Wei kini meneruskan latihan harian sementara menunggu rayuan kes dopingnya. – Gambar fail Reuters.

Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei kini kembali ke gelanggang latihan untuk kekal bertenaga sementara menunggu keputusan penggantungannya daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Pemain nombor satu dunia itu berkata di dalam sebuah blog, beliau perlu teruskan latihan harian dan keadaan fizikal ketika menunggu rayuannya berhubung kemungkinan penggantungan daripada sukan tersebut.

"Hidup perlu diteruskan ketika saya masih menanti keputusan BWF," kata Lee, dipetik laman blog: ssdhaliwal.blogspot.com hari ini.


Lee berkata, beliau menjalani latihan bersama rakannya di pusat latihan swasta, dan menjauhkan diri daripadapusat latihan kebangsaan adalah "aturan sebaiknya" yang diberikan "penggantungan" tersebut.

Menjelaskan pengalaman itu sebagai "kecelaruan emosi", Lee berkata, beliau sedang berusaha memahami bagaimana perkara itu berlaku, dan menjelaskan amat berhati-hati dengan "apa yang dimakannya".
"Terapi terbaik untuk saya adalah memukul bulu tangkis di gelanggang," katanya.

Jumaat lalu, sampel B miliknya turut diuji positif mengandungi bahan terlarang dexamethosene di Hospital Universiti Oslo, di Norway.
"Sudah lebih sebulan sejak episod ini bermula dan dan saya memutuskan untuk memberikan perhatian dalam latihan untuk mengekalkan taraf kecergasan," katanya dalam blog berkenaan.
Lee juga melahirkan ucapan terima kasih terhadap mereka yang menyokong, dan menambah, turut bersyukur media menghormati privasi yang dikehendakinya.

Lee disahkan positif  dexamethasone, bahan yang dibenarkan ketika bukan dalam perlawanan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ia merupakan bahan jenis steroid yang digunakan dalam ubat tahan sakit dan tidak berfungsi untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet.
Lee turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Khairy yang memberi komitmen melantik peguam sukan membantunya dalam rayuan.
Beliau berkemungkinan berhadapan penggantungan maksimum dua tahun oleh Agensi Anti Doping Dunia jika gagal dalam rayuannya kepada BWF.

Malah, beliau juga berkemungkinan hilang kesemua gelaran yang pernah dimilikinya, termasuk mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. 


No comments:

Post a Comment