Friday 21 November 2014

ADUN ELOPURA TURUN PADANG TINJAU KERJA-KERJA BAIKPULIH PEMBETUNGAN

Oleh : Shaimon J Jumadi


Gambar Kelihatan…….Kelihatan Stanley (bertopi) sedang menjelaskan sesuatu kepada Au semasa lawatannya.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Elopura Datuk Au Kam Wah telah turun padang untuk meninjau sendiri kerja-kerja pembaikan saluran paip pembetungan di kawasan Bandar Kim Fung dan Bandar Prima kelmarin.

Beliau telah diiringi oleh beberapa pegawai beliau dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Elopura.
Dalam tinjauan tersebut, Au telah diberi taklimat oleh Pekerja Am Khas Unit Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan Stanley Mohd Omar berhubung kerja-kerja yang sedang dilaksanakan itu.
Au berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak JKR dan berharap kerja-kerja pembaikan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana masalah ini sudah kian lama berlaku.

Katanya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat kena selalu turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat agar dapat diatasi segera.

No comments:

Post a Comment