Saturday 13 July 2013

VANDALISME HARUS DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG




OLEH: SHAIMON S JUMADI

Gejala merosakkan harta benda awam  atau yang disebut Vandalisme di daerah Sandakan semakin menjadi-jadi ekoran ketiadaan pemantauan oleh pihak-pihak tertentu sehingga fenomena ini menjadi berleluasa. 


                          Kelihatan sebahagian Telefon Awang yang dirosakan oleh p-ara vandelisme  dibangunan Bamdar  Kim Fung Blok E

Hal ini cukup jelas dan terbukti kerana terdapat beberapa buah  telefon awam yang di sekitar deretan blok bangunan Bandar Kim Fung KM 7.8 Jalan Utara Sandakan sama sekali tidak boleh  digunakan. Kerosakan diakibatkan kejahilan segelintir  masyarakat yang tidak bertanggungjawab suka  merosakkan telefon-telefon berkenaan.

Dalam tinjauan seorang aktivis masyarakat yang juga selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew bersama Wartawan Kanan Sabahkini.net mendapati beberapa lokasi boleh dikatakan hampir mencecah 70 peratus telefon awam yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia habis musnah dirosakkan oleh para vandalisme terbabit.

“Sebagai rakyat Malaysia kita  seharusnya menghargai apa saja harta benda awam yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu  sebagai satu kemudahan  untuk digunakan bersama,” kata Amsi kepada Wartawan Sabahkini.net kelmarin,

Kata Amsi lagi pihak yang berkenaan haruslah membuat pemantauan terhadap mana-mana harta awam. Umpamanya seperti melakukan pemasangan telefon di lokasi-lokasi  tertentu bagi mengenal pasti atau menjerat orang-orang awam yang tidak bertanggungjawab dan  sengaja merosakan telefon-telefon berkenaan jika mereka didapati berbuat demikian yang terbabit harus dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang vandelisme yang sedia ada.

Tambahnya lagi  perbuatan vandalisme yang merupakan budaya samseng seumpama ini tidak harus dibiarkan sehingga berleluasa kerana akan merugikan wang kerajaan khususnya kepada masyarakat pengguna setempat.

No comments:

Post a Comment