Friday 12 July 2013

SEDCO TURUT LAHIRKAN USAHAWAN SISWAZAH





TETAMU KHAS...Nasir(dudk empat kanan);Hashim Paijan(duduk empat kiri);Maisuri Besri(tiga kiri);Abd Kadir(tiga kanan);Pengiran Saifuddin(dua kanan);Jusli Potoh(kiri) dan Joidin Gahim(kanan) sempena majlis itu.



Oleh:ARSHAD HUSSIN

Usaha melahirkan Skim Pembangunan Usahawan Siswazah itu diwujudkan bagi melaksana dasar Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD) di peringkat Nasional dan KPP (MID) di peringkat negeri sesuai dengan DPN yang mahukan lebih ramai golongan usahawan Bumiputera diwujudkan bagi melaksana pertumbuhan ekonomi negara mapan.



KENANGAN SPUS...Nasir (duduk tiga kiri);Hashim Paijan(tiga kanan);Maisuri Besri(dua kanan);Dr.Hj.Abdul Kadir Hj.Rosline(dua kiri) dan Jusli Potoh mengabadi gambar kenangan bersama peserta kursus SPUS sempena majis itu di Kota Kinabalu.



 Bagi mencapai tujuan dan matlamat kerajaan itu SEDCO dengan gabungan kerjasama Uitm dan kerjasama daripada SME Bank;MARA dan SEDCOVEST kini telah Berjaya melahirkan 66 orang usahawan muda Berjaya melalui program Skim Pembangunan Usahawan Siswazah (SPUS) golongan bumiputera melibatkan pelbagai bidang termasuklah bidang pengendalian restoran;pemprosesan sarang burung;pemprosesan bahan binaan batubata konkrit;penghasilan rumpai laut;pengeluaran produk plaster siling;pengeluaran produk aluminium dan kaca;pembaikan sofa rumah dan kusyen kereta dan pembuatan perahu gentian kaca(Fiberglass).

 Sehingga kini program ini (SPUS) telah melalui lapan sesi dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 152 orang sejak ianya diperkenalkan.

 Pengerusi Sedco,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kejayaan itu juga hasil daripada usaha dan dokongan kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah dengan menyalur dan menyedia dana RM150.00(seratus lima puluh ribu) setiap tahun.

Sehubungan itu,Nasir mengingatkan peserta terus menanamkan tekad dan berusaha menjayakan perniagaan mereka dengan tekun serta tabah.

 Beliau menegaskan,setiap apapun usaha ianya memerlukan semangat yang kental mengharungi pelbagai cabaran dan berharap peserta yang telah berjaya menamatkan latihan tidak berpatah semangat sebaliknya gigih bersaing dengan peniaga mahupun usahawan yang sedia ada.

 Nasir berkata demikian semasa merasmikan Majlis penyampaian sijil skim pembangunan usahawan siswazah (SPUS) 2013 & anugerah kecemerlangan akademik kumpulan sedco (SEED) bagi 2011 & 2012 di sini baru-baru ini.

Hadirsama,SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah,Datuk Hj.Hashim Paijan;Pengurus Besar Kumpulan SEDCO,Maisuri Besri;Pengarah UiTM Sabah,Datuk Dr.Hj.Abdul Kadir Hj.Rosline;Pengarah Urusan SUDC,Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir;Pengurus Besar Perkasa Realty Sdn Bhd.,Joidin Gahim; dan Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd.,Jusli Potoh.

Sementara objektif Anugerah Pelajar Cemerlang Kumpulan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak-anak anggota pekerja SEDCO dan Syarikat Kumpulan di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM;dan memberi perangsang serta galakan kepada anak-anak anggota pekerja SEDCO dan Syarikat Kumpulan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan

No comments:

Post a Comment