Friday 12 July 2013

IBRAHIM ALI JADI PEMANDU TEKSI CARI PUBLISITI MURAHAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Tindakan mantan Ahli Parlimen  Pasir Mas Kelantan Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA  berniat hendak menjadi Pemandu Teksi seperti yang dinyatakan di FMT News  bertajuk “Ibrahim Ali Mahu Jadi Pemandu Teksi”  pada 3 Julai 2013 ia sengaja untuk menarik perhatian umum.
 
Salah seorang mantan Ahli PERKASA Bahagian Kinabatangan Zulkifli Teo  (gambar) berkata sekiranya niatnya termakbul hendak menjadi pemandu teksi ini  merupakan satu sejarah dalam Negara Malaysia kerana seorang mantan Ahli Parlimen mahu jadi pemandu teksi   dan fenomena  ini belum pernah berlaku di Malaysia.

Kata Zulkifli lagi  tidak cukupkah wang pencen mantan MP sebanyak  RM5,000  sebulan kenapa tidak mencemburi dalam perniagaan lain selain menjadi pemandu teksi.

“Di Sabah ramai  juga mantan ADUN dan ADR  tetapi mereka membuka perniagaan seperti Restoran, membuka ladang sawit  dan sebagainya tetapi tiada satupun yang mahu menjadi pemandu teksi seperti cadangan dan niat  Ibrahim Ali.” Ujar Zulkifli.

Perbuatan  Ibrahim Ali   tambahnya  ya  benar-benar mencerminkan perangai yang kurang sihat dan menjatuhkan  repusinya  dirinya   sendiri kata  Zulkifli   kepada  Sabahkini. Net  ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim  Ali.


Zulkifli menambah mungkin Ibrahim Ali sengaja hendak mencari publisiti murahan agar mendapat menarik perhatian umum di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak yang bercadang untuk menjadi pemandu teksi.

Tindakannya hendak menjadi pemandiu  teksi ini masalah peribadinya tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan hajat dan niatnya tetapi Ibrahim Ali harus mengambil kira  dari beberapa sudut kalaupun nak menyara kehidupan keluarga banyak lagi  jurusan dan bidang-bidang lain yang boleh diceburi hendak menjadi pengusaha teksi kah atau bas  tak salah  ambil permit jadi bosslah bukan  sendiri yang memandu bas atau teksi” ujar Zulkifli lagi.

No comments:

Post a Comment