Friday 12 July 2013

20 BLOK PERUMAHAN LPPB DICAT SEMULA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  (gambar sisipan) mempertikaikan mengenai  Tender Mengecat Semula Perumahan Kos Sedarhana  LPPB Batu 3.5 Jalan Utara.

 Menurut Wong Pada tahun yang lalu, LPPB telah memindahkan tangki-tangki  air besar di tempat kediaman tersebut, tanpa persetujuan daripada pihak pemilik penghuni tersebut

Wong menambah ekoran darpada  tindakan tersebut   para -pemilik  rasa tidak puas hati  lantas mereka  telah mengadu kepada  beliau  dan wong kemudian   membantu mereka untuk mencapai satu perjanjian dengan pihak LPPB untuk  membaiki sesetengah kemudahan  tersebut disamping meminta pihak yang berkenaan membersihkan longkang, dan mengecat semula  dinding luar tempat kediaman tersebut.

Dalam  ceramahnya  beliau di tempat kediaman itu pada baru-baru ini  beliau telah janji akan mengambil tindakan lanjutan untuk mendesak pihak LPPB untuk melaksanakan perjanjian mereka.


Wong  telah memberitahu bahawa pihak LPPB telah mengeluarkan ikhlan di akhbar tempatan  mengenai sebut harga (Tender) bagi mengecat semula dinding luar kediaman  tersebut di tingkat 3  sebanyak 20 blok.

“Saya kini    sedang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri  Sidang Parlimen dan saya  rasa gembira kerana pihak LPPB telah mengambil tindakan untuk melaksanakan kerja- kerja  tersebut, dan berharap mereka akan cepat menunaikan janji mereka supaya dapat memenuhi keinginan para pemilik”Ujar   Wong .

No comments:

Post a Comment