Friday 31 May 2013

SAMBUT KAAMATAN DALAM KELAINAN






MULA.....pelepasan peserta merentas desa kategari kanak-kanak dan remaja sempena Pesta Kaamatan peringkat Kampung Biah Tengah anjuran PRIBUMI'S.

SOOK : Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Biah Tengah menampilkan keunikan tersendiri menerusi pertandingan ‘’Merentas Desa”. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai acara Larian Perpaduan  anjuran Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) daerah Sook.

Upacara pelepasan larian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PRIBUMI’S, Johny Alfred Angin pada pukul 7.30 pagi di perkarangan balai raya kampong  Biah Tengah. Sebanyak 10 kategori penyertaan dipertandingkan yang melibatkan acara larian sejauh 3 km hingga 6.5 km mengikut kategori.

Menurut Ketua Penerangan PRIBUMI’S Syed Kamalrul Sufian larian bertemakan Perpaduan itu merupakan antara inisiatif PRIBUMI’S memperkukuh perpaduan kaum dan keharmonian hidup bermasyarakat pelbagai etnik sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kekalkan Muhibbah dan Persefahaman Melalui Kaamatan’.

Pihak penganjur berhasrat untuk menganjurkan acara ini pada setiap tahun untuk terus mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah di kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini. Pelbagai acara telah diaturkan sepanjang sambutan tersebut. Antaranya adalah pertandingan unduk ngadau, nyanyian Sugundoi, memasak makanan etnik suku kaum Sabah, sumazau dan pakaian tradisi terbaik. katanya.
Kemuncak pada acara sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampong Biah Tengah ini akan diadakan pada 8 jun depan. dan di jangkan akan di rasmikan oleh ADUN N37 Sook Datuk Datuk Ellron Angin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment