Friday 22 February 2013

TEKNOLOGI : MALAYSIA Vs JEPUN Vs USA






PADA sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang menunjuk lagak untuk membuktikan kehebatan negara masing-masing.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah ke dalaman 70 meter, kedua tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Tidak ada Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘mengerling’ ke arah Menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

No comments:

Post a Comment