Tuesday 26 February 2013

RAHMAN DAHLAN GAGAL ATASI PRASARANA







Oleh : MARUF ISMAIL

KOTA BELUD : Penduduk kampung menggesa Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya mengambil tindakan segera untuk membaiki  penampan Jambatan Jalan Gaur Podos yang dalam keadaan hampir rosak ekoran daripada hakisan air.

Punca masalah ini berlaku akibat daripada banjir  dan penduduk kampung bimbang sekiranya masih belum ada tindakan susulan yang diambil mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

Penduduk kampung telah mengadukan permasalahan ini kepada pihak yang bertanggungjawab termasuk Ahli Parlimen Kota Belud pada tahun lalu dan beberapa agensi  Kerajaan  yang terlibat telah melawat kawasan tersebut, namun sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda sebarang penyelesaian yang diambil.

Justeru itu penduduk kampung  bertindak untuk melaporkan perkara ini kepada SAPP Bahagian melalui Ketua Bahagian SAPP Kedamaian, Puan Agnes Liewpin dan beliau  sendiri  telah melawat dan meninjau kawasan tersebut setelah tidak mendapat respon daripada Rahman Dahlan.

Agnes dalam lawatannya menggesa dan mendesak agar kerajaan mengambil tindakan dengan segera kerana beliau bimbang jika sekiranya perkara ini tidak diambil serius mungkin boleh merumitkan penduduk kerana jambatan tersebut menghubungkan beberapa kampung seperti, Kg.Gaur, Kg.Kaung Melaan, Kg.Pinolobuh, Kg.Bukid, Kg. Mengkulat dan Kg.Podos.

Lagi membimbangan beliau kerana terdapat 3 buah sekolah yang menggunakan laluan jambatan tersebut antaranya SK.Pinolobuh, SK Mengkulat dan SR SDA Gaur. 

Tambahannya lagi, jambatan tersebut adalah laluan utama penduduk untuk mengangkut sumber pertanian untuk dijual.

Menurut penduduk kampung yang ditemui, terdapat pengusaha kuari berdekatan kawasan berkenaan yang sumber batunya diambil daripada sungai tersebut.

Agnes mengutuk sikap Rahman Dahlan yang kurang proaktif mengatasi masalah dan aduan rakyat, tetapi sering bercakap besar untuk mengaburi mata rakyat.

"Jika inilah kualiti perkhidmatan Ahli Parlimen Kota Belud, kita yakin SAPP akan berjaya tawan kerusi ini dengan mudah pada PRU-13," kata Agnes yang yakin bahawa rakyat sudah muak dengan rekod perkhidmatan buruk Rahman selama ini yang digelar 'Ahli Parlimen Payung Terjun!'

No comments:

Post a Comment