Sunday 27 January 2013

KLINIK 1MALAYSIA, SATU LAGI JANJI DITEPATI







TERIMA KASIH...V.K Liew menerima cenderahati kenangan daripada pihak penganjur.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Liew Vui Kiong menjelaskan wujudnya Klinik 1Malaysia pada 23 Oktober 2009 di seluruh negara ini unjuran  diadaptasi  daripada konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian  Diutamakan.

“Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan yang ringan kepada masyarakat  bandar yang tinggi kepadatan penduduknya.

"Penubuhan Klinik 1Malaysia imi diharap dapat mengurangkan beban kerja di klinik sedia ada dalam kawasan bandar dan dapat mengurangkan masa menunggu bagi pesakit,” katanya.

V.K Liew menambah, kriteria pemilihan kawasan untuk penubuhan dan pewujudan 1Malaysia antaranya di kawasan bandar, kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan masyarakat/penduduk dari golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

V.K Liew berkata  demikian ketika berucap merasmikan Klinik 1Malaysia di Bandar Litat, Jalan Lintan, KM7.8 Jalan Utara, Sandakan petang kelmarin.

“Saya bagi bagi pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa di seluruh Negeri Sabah sehingga hari ini telah diwujudkan sebanyak 23 buah Klinik 1Malaysia  yang sudah beroperasi sepenuhnya termasuklah Klinik 1Malaysia Bandar Litat,” jelasnya.

Klinik 1Malaysia terang V.K Liew adalah klinik yang kedua  diwujudkan  di daerah Sandakan ia sudahpun beroperasi sejak September 2012, sementara klinik 1Malaysia di Taman Seletar Jalan Batu Sapi telah beroperasi pada November 2012.

“Manakala Klinik 1Malaysia Bandar Labuk Jaya, Batu 7 dijangka  beroperasi sebelum Jun 2013, dan Klinik 1Malaysia di Bandar Leila merupakan Klinik yang pertama di daerah Sandakan,” kata V.K Liew.




RASMI...V.K Liew merasmikan Klinik 1Malaysia Bandar Litat sambil diperhatikan Au Kam Wah.

“Untuk makluman Klinik 1Malaysia yang Bandar Leila sebenarnya sudahpun beroperasi sejak dari tahun 2010 kini telah dinaikkan taraf kepada Klinik Kesihatan ini ekoran  daripada jumlah dan bilangan pesakit yang dating untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kian hari semakin bertambah.

“Dengan kenaikan taraf sebagai Klinik Kesihatan lantaran seorang Pegawai Perubatan telah ditempatkan di klinik berkenaan. Tahniah saya ucapkan di atas komitmen semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kerana meneruskan usaha proaktif untuk merealisasikan idea dan visi Perdana Menteri kita iaitu dalam Konsep Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” jelas Liew.

Liew menambah, usaha dan kesungguhan Jabatan Kesihatan Negeri ini jelas mencerminkan kerajaan yang sentiasa peka terhadap masalah dan keperluan semua lapisan masyarakat majmuk khususnya di bandar dan di luar bandar agar mereka  juga mempunyai akses kepada dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan.





“Seperti mana yang berlaku di semua Klinik 1Malaysia, pelanggan atau pesakit hanya dikenakan bayaran RM1.00 yang berstatus warga negara Malaysia, bagi pesakit warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM15.00.

Dalam pada itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga  telah memberikan keistimewaan pengecualian  bayaran RM1.00 kepada golongan pesakit warga emas  atau yang berumur melebihi 60 tahun yang berstatus warga negara Malaysia,” ujarnya.

Klinik 1Malaysia Bandar Litat setiap hari beroperasi selama 10 jam bermula dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam dan dibantu  6 orang kakitangan dan seorang Pembantu Perubatan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Au Kam Wah, Pemimpim Kemajuan Rakyat (UPKR) Elopura Chan  Tzun Hei  dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment