Tuesday 27 November 2012

RONALD SIFATKAN JEFFREY KITINGAN 'MAT JENIN'





RASMI...Ronald memotong riben sebagai simbolik merasmikan Mini Dewan Kampung Lumou, di Telupid.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menyifatkan kenyataan  Pengerusi Star Sabah, Datuk Jeffry Kitingan bahawa  Keningau akan dijadikan pusat Pentadbiran Negeri Sabah sekiranya parti itu diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebagai angan-angan 'Mat Jenin'.


"Kenyataan Jeffry itu disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin kerana mustahil daerah sekecil itu boleh jadikan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Jadi Kota Kinabalu mahu dibuat apa? Jefrry sebenar terlalu berangan-angan tinggi yang tidak boleh  diterima  akal, mungkin sudah ketandusan idea,” tegas Ronalod yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Beluran).

Katanya, sama juga cita-cita Jeffrey untuk mengalahkan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kerusi Parlimen Keningau pada PRU-13.
   
"Sejak kebelakangan ini, ternyata Star Sabah terutama Jeffrey terdesak untuk meraih simpati undi hingga terpaksa menabur janji yang tidak munasabah. Ini berikutan sambutan rakyat Sabah kepada parti pembangkang yang kini berkurangan," katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Mini Dewan Kampung Lumou, dekat sini, kelmarin, Ronald menyifatkan Jeffrey membuat kenyataan itu bagi meningkatkan harapannya untuk memenang kerusi Parlimen Keningau dan kerusi DUN Bingkor pada PRU-13 kelak.

"Selepas ini akan ada lagi pemimpin pembangkang yang lain membuat beberapa kenyataan yang tidak munasabah termasuk akan menjanjikan pusat pentadbiran negeri Sabah di kawasan mereka, semata-mata untuk menang kawasan masing-masing," katanya.

Menurutnya, kenyataan untuk mengalihkan pusat pentadbiran negeri ke Keningau akan menyebabkan pembangunan dialihkan ke daerah tersebut dan ini akan mengurangkan peruntukan bagi kawasan lain termasuk Beluran.

Katanya, mungkin nanti akan ada pemimpin yang menyokong parti pembangkang menjanjikan ibu negeri Sabah dialihkan ke daerah lain semata-mata untuk meraih pengaruh politik mereka di kawasan itu.
   
Sehubungan itu, Ronald meminta rakyat tidak terpedaya dengan janji pemimpin parti atau pertubuhan pembangkang itu yang hanya bersifat untuk meraih sokongan mereka.
   
"Kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku di negeri Selangor apabila janji kerajaan pembangkang Selangor yang mahu memberi RM100 sebulan untuk ibu tunggal tidak ditunaikan sehingga menyebabkan lebih 2,000 ibu tunggal di sana terpaksa mengemukakan saman pada kerajaan PKR Selangor itu," katanya.
   
Beliau berkata tidak seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab dengan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat.
   
"Kita tabur janji untuk ditepati sebab itu BN tidak menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi rakyat," katanya.


No comments:

Post a Comment