Thursday 29 November 2012

KEJAYAAN ASNIAH KEBANGGAAN SABAH






KENANGAN.....Azizah dan Asniah merakamkan gambar kenangan sebelum Majlis Anugerah Nadi Negara Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang disampaikan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 PWTC Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berasa bangga terhadap kejayaan anak jati Sabah, Asniah Udin, 24 yang mendapat Anugerah Nadi Negara Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang disampaikan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia itu berkata kejayaan Asniah yang berasal dari Lahad Datu itu membuktikan bahawa semua rakyat di negara ini mampu mencapai kejayaan tanpa mengira dari mana mereka datang.

“Saya amat bangga kerana ini salah satu pengiktirafan kepada pelajar dan juga penduduk Negeri Sabah. Semua rakyat negara ini berpeluang mencapai kejayaan asalkan mereka terus berusaha dengan gigih tidak kira dari mana mereka berasal dan apa keturunan dan kebudayaan mereka.,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia seterusnya berharap agar semua pelajar-pelajar dapat meningkatkan usaha dari masa ke semasa bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan lebih cemerlang dan seterusnya mampu menyumbang dalam pembangunan negara.

Semantara itu Asniah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan pendidikan dengan Sains Sosial Major Sejarah I darUniversiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata beliau sangat berterima kasih kepada Wanita Umno kerana di atas penganugerahan yang diterimanya itu.

“Saya berasa gembira dan dalam kesempatan ini saya merakamkan ucapan terimae kasih kepada Wanita Umno yang memberi pengiktirfan atas kejayaan saya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Saya berharap dengan anuergah seperti ini ianya akan memberi inspirasi kepada pelejar lain untuk mencapai kejayaan secara seimbang demi memastikan ketrampilan diri dapat direalisasikan,” katanya yang kini bertugas sebagai Pembantu Penyelidikan di UMS Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment