Tuesday 27 November 2012

5 PATI PAKISTAN ROGOL GADIS SUNTI





Saudara Pengarang,

SEORANG gadis sunti berusia 15 tahun dipercayai telah dirogol dan dibunuh oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada jam satu petang kelmarin (26 November 2012). Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap pagi tadi ketika cuba mengembalikan MyKad mangsa.

Menurut siasatan polis, mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Kota Marudu dan pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai.

Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri di kedai tersebut (mungkin untuk mencari kerja kosong di kedai lain)

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang; manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.

Sebagai rakyat Sabah saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini dan menyeru kepada kerajaan Sabah dan Malaysia umumnya untuk menghadkan kemasukan orang asing, khususnya dari negara Pakistan ke negeri ini.

Pernyataan yang mengatakan "warga asing tidak mengugat keselamatan orang Sabah" adalah amat tidak benar sama sekali. Buktinya sudah terang lagi bersuluh dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan warga asing.

Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam, jauh sekali penjenayah, namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah membawa kesan buruk dari segi keselamatan. Kepada para gadis dan wanita di luar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari.

Dalam kejadian ini, seorang saksi nampak mangsa di humban dari sebuah lori iaitu di Simpang 3, Jalan menghala ke SK Ranau-Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga bolehlah membuat pengecaman di Balai Polis Kota Marudu.

Salam Hormat,

JOHN CHARLES MITAH MIKAT

No comments:

Post a Comment