Wednesday 31 October 2012

AGEHAN BERAS GSR 15% TIDAK ADIL DI SABAH





Saudara Pengarang,
PIHAK Kawal Selia Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menyatakan ingin membuat rombakan pembahagian beras GSR 15% secara adil dan sama rata kepada semua pengusaha pemborong beras di negeri Sabah.

Tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang di ambil, hanya khabar angin sahaja umpama indah khabar dari rupa. Pemborong bumiputra berasa amat kesal dengan ketidak adilan dari pihak MOA yang berat sebelah dan lebih mengutamakan pemborong 'Bukan Bumiputra'.

Sebagai contoh pembahagian kuota khas yang tidak wajar di mana pemborong beras ini telah mendapat kuota khas ini secara konsisten setiap bulan sebanyak 30 metrik tan yang telah dibantu oleh orang dalaman.

Di manakah pihak MOA dan kerajaan yang menjanjikan untuk membantu rakyat terutama bumiputra yang berada di Sabah ini? Mana bukti 'Janji Ditepati' atau mungkin tiba masanya kami menepati janji untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana BN tidak lagi memerlukan kami?

Salam Hormat,

RAKYAT TERPINGGIR

1 comment:

  1. Datuk Rahman Dahlan selaku BOD Bernas rasanya perlu ambil perhatian terhadap perkara ini. Pertahankan HAK bumiputra Sabah.

    ReplyDelete