Saturday 29 September 2012

RMK-10, SABAH BELANJA RM1.971BILION




KOTA KINABALU: Sehingga 21 September lepas, Sabah telah membelanjakan RM1.971 bilion atau 45.1 peratus daripada peruntukan bagi tahun ini di bawah pelan pusingan kedua Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kelmarin.

Katanya Sabah diberikan RM4.376 bilion untuk melaksanakan 743 projek tahun ini.

“Prestasi ini adalah 0.4 peratus di atas Purata Nasional iaitu 44.7 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri di sini.

Musa berharap pendekatan merakyatkan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sektor tersebut.

Beliau berkata perkhidmatan awam perlu menilai sumbangan masing-masing kepada rakyat dengan pendekatan lebih mesra dan bersifat membantu.

“Ketua-ketua jabatan juga diminta untuk terus turun padang dan melihat dengan lebih dekat pelaksanaan projek dan pembangunan.

“Semua Setiausaha Tetap, Pengarah dan Ketua Jabatan disarankan agar lebih responsif yang menekankan kepada pengurusan berciri- kan sentuhan insan dengan pegawai dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing,” katanya.

Di samping itu, Musa juga meminta penjawat awam di negeri ini supaya kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih berdaya saing dan sentiasa mencari idea baru merentasi Strategi Lautan Biru.

Katanya pendekatan itu bagi mempersiapkan perkhidmatan awam dalam melaksanakan fasa kedua Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) yang bakal melonjakkan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berharap sektor awam di negeri ini menerapkan prinsip cepat, tepat dan berintegriti serta prinsip produktif, kreatif dan berinovasi bagi menjayakan GTP 2.0 tersebu

No comments:

Post a Comment