Wednesday 26 September 2012

RELAKSASI EFEKTIF KURANGKAN TEKANAN


 



Oleh : ABU BAKAR ESAH

SIPITANG:Teknik Relaksasi merupakan kaedah efektif dan berkesan dalam mengurangkan tekanan dan stresS. Demikian menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun.

Teknik itu katanya melibatkan pergerakan otot-otot dan pernafasan yang memerlukan ntumuan terhadap sensasi mida.

“Teknik Relaksasi ini diklasifikasi kepada mental dan fizikal yang mana ianya melibatkan meditasi, terapi muzik, aromaterapi, latihan pernafasan dan urutan.

“Pelbagai faedah boleh diperolehi dengan mempraktikkan kaedah ini dalam kehidupan seharian. Antaranya ia mampu mengurangkan masalah fizikal akibat tekanan seperti sakit kepala, sakit dada dan keletihan selain meningkatkan daya tindak dan harga diri hasil keupayaan mengawal stress dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis perasmian Seminar Minda Sihat sempena Sambutan Hari Wanita 2012 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna di sini, kelmarin.

Seminar yang dianjurkan Jawatankuasa Kesihatan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu disertai 458 peserta yang sebahagain besarnya terdiri daripada kaum wanita disamping terdapat peserta dari kalangan lelaki.





Hadir sama, Setiusaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP), Datuk Asnimar Sukardi, Pegawai Daerah Sipitang, Latip Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Datuk Siti Sapoo Ahok, Pengerusi MPWS, Datuk Mariati Robert, Ketua Daerah Sipitang OKK Arif Ismail, Ketua-ketua Jabatan serta pemimpin masyarakat.

Terdahulu dalam ucapannya Azizah berkata minda sihat merupakan kriteria utama kesihatan secara menyeluruh dan amat penting untuk menentukan kesejahteraan hidup seseorang individu.

“Kesihatan minda berkait rapat dengan kehidupan seharian kerana apabila kita memiliki minda yang sihat sudah tetu kita akan berasa selesa dengan diri kita dan juga dengan orang lain di sekeliling dan kita akan menempuhi cabaran hidup seharian dengan fikiran positif.

Beliau berkata faktor sosial, psikologi dan biologi seperti masalah kewangan, diskriminasi gender, tekanan pekerjaan, penderaan, buli, penyakit kronik, penyalahgunaan dadah, beban kerja yang berlebihan dan sebagainya adalah faktor penyumbang kepada tekanan atau stress yang boleh memberikan kesan negatif kepada minda kita sekiranya tidak mampu dikawal dengan sebaik mungkin.

“Faktor-faktor ini bukan sahaja memberi impak yang besar kepada individu malah kepada keluarga, organisasi, masyarakat dan negara,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata pelbagai langkah dan tindakan yang lebih agresif sedang dan akan diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah rancangan Malaysia ke sembilan bagi membangunkan dan memperkasakan program kesihatan minda ini termasuklah intervensi promosi minda sihat yang lebih efektif dan komprehensif.

“Memandangkan pentingnya minda sihat kepada kesejahteraan hidup kita, maka kerajaan negeri juga sentiasa mengambil langkah-langkah perlu menerusi jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Ini termasuklah pelaksanaan program-program kesihatan minda.

“Hari ini kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) mengambil inisiatif membawa seminar yang sihat ini masuk ke kawasan luar bandar. Langkah ini di ambil agar penduduk luar bandar tidak tercicir dari memperolehi manfaat berguna melalui seminar mental sihat ini,” katanya.

Di akhir majlis seramai lima peserta bertuah menerima hadaiah daripada pihak penganjur yang disampaikan Azizah.

No comments:

Post a Comment