Friday 31 August 2012

LAJIM TUBUH PARTI TANDING PRU-13




KOTA KINABALU : Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baharu yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari.

"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan bertanding di bawah parti baharu," kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu pada sidang media di sini.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baharu itu.

Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang. (Bernama)


No comments:

Post a Comment