Thursday 30 August 2012

230 MANGSA ANGIN RIBUT TERIMA WANG EHSAN





LAWAT….Juslie dan rombongan bergegas melawat ke tempat tragedi ribut kencang yang melanda di Kg Kuala, Gum-Gum.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan untuk membantu sesiapa sahaja rakyat tidak mengira siapa mereka sama ada penyokong parti kerajaan mahupun pembangkang yang dilanda bencana atau musibbah terus mendapat apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.

Inilah memang sudah menjadi  tanggungjawab  dan  kewajiban pemimpin  serta  dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendukung pemerintahan di negara ini sejak 55 tahun dulu lagi yang tidak pernah rasa bosan dan jemu dalam membantu rakyat tidak kira di mana-mana kawasan yang diwakili.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selapas mengageh-agehkan sumbangan wang Ehsan kelmarin kepada   230 keluarga yang membabitkan 32 buah rumah di Kampung  Kuala Gum-Gum yang menjadi mangsa ribut angin kencang;  yang melanda di kampung tersebut baru-baru ini.

Menurut Juslie,  selain mangsa-mangsa  berkenaan  menerima wang tunai  tersebut bagi  meringankan beban yang ditanggung, kerajaan juga akan membantu membaik pulih rumah-rumah mereka yang rosak yang terlibat dengan bencana angin kencang tersebut dalam masa terdekat ini.

Juslie menjelaskan kesemua mangsa  terbabit seramai 230 orang  itu sementara rumah mereka belum diperbaiki mereka buat masa ini menumpang  buat sementara  waktu di rumah-rumah keluarga yang berdekatan.

"Saya amat simpati dengan nasib mereka  yang menjadi mangsa keadaan. Apapun segala insiden yang berlaku ini adalah semua datangnya daripada Allah dan ini semuanya ada hikmahnya dan merayu agar mangsa bersabar kerana segala kudrat yang datang di luar jangkaan ini,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment