Friday 29 June 2012

DERHAKA JIKA BERI KERAKYATAN UNTUK UNDI



Oleh : DEBRA CHONG

KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari  selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung.

Peguam itu yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut.

Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

“Mungkin kita seharusnya boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan terhadap Agong,” kata ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam tadi, dan menyebabkan berlakunya keganasan di ibu negara pada 28 April lalu.

Pemimpin yang sudah empat penggal berkhidmat itu turut membandingkan Ambiga dengan pemimpin Al-Maunah yang cuba menjatuhkan kerajaan pada 2000 dan telah dihukum gantung kerana “mengisytiharkan perang ke atas Raja”, individu pertama yang dijatuhkan hukuman tersebut.

“Gantung sahaja!!” Bunyinya seperti Alice in Wonderland!!,” kata Ambiga terhadap kenyataan tersebut.

“Namun, serius, saya ada soalan untuk ahli Parlimen, adakah saranan Bersih 2 akan di laksanakan sebelum PRU13?” soalnya, melalui satu emel kepada The Malaysian Insider.

Beliau menjelaskan PRU13, yang telah dispekulasikan dengan meluas akan dilaksanakan sebelum hujung April depan, dilihat ditangguhkan oleh Najib perlu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

“Tawaran oleh rakyat untuk membantu membersihkan pilihan raya masih berjalan dan beliau selaku pemimpin yang dilantik saya percaya lebih berminat untuk tahu respon berkenaan soalan kritikal ini,” kata Ambiga.

Tambah beliau: “Berhubung penderhakaan, menuntut pilihan raya adil dan bersih bukanlah satu penderhakaan. Memberi kerakyatan untuk undi barulah sejenis penderhakaan.”

No comments:

Post a Comment