Sunday 29 April 2012

TRAGEDI RUMAH RUNTUH DI SANDAKAN




Oleh :  NOORASVILLA MUHAMMA

ENAM sekeluarga hilang tempat berteduh apabila rumah kayu mereka yang terletak di kawasan tepi bukit di Jalan Cecily di Sandakan runtuh akibat hakisan tanah, pagi kelmarin.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 10.02 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Katanya, ketika empat anggota bersama satu jentera tiba, keseluruhan rumah kayu yang terletak berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Lok Yuk telah runtuh, kecuali bahagian dapur.

Dipercayai hakisan tanah itu berlaku ekoran hujan sejak beberapa hari lepas. Semua ahli keluarga termasuk tiga dewasa dan tiga kanak-kanak terselamat kerana semua mereka berada di halaman rumah ketika kejadian.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang datang melawat selepas dimaklumkan.

Selain menyampaikan sumbangan kepada keluarga tersebut, beliau turut berjanji akan membina sebuah rumah baru untuk mereka. (theborneopost)

6 comments:

  1. Mujur tiada yang terkorban.lepas ni penduduk jangan lagi membina rumah di tanah yang berkecenderungan untuk terhakis atau runtuh.

    ReplyDelete
  2. malang tidak berbau, nasib mangsa perlu dibela.

    ReplyDelete
  3. Harap rumah yang dijanjikan tu dapat siap secepat mungkin

    ReplyDelete
  4. Lebih baik jangan buat rumah di tepi bukit

    ReplyDelete
  5. Datin Linda Tsen Thau Lin telah memberikan janji maka pastikan janji yang diberikan itu akan dikotakan kepada mangsa tanah runtuh ini secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  6. baik dahulukan dulu pembinaan rumah baru untuk keluarga ini sebelum menghulurkan apa2 sumbangan lain..

    ReplyDelete