Wednesday 28 March 2012

SABAH CATAT NILAI PELABURAN RM13.7 BILION


SABAH mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM13.7 bilion dalam pelbagai sektor sepanjang tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Beliau berkata prestasi itu menunjukkan Sabah merupakan destinasi pelaburan yang menarik.

'Meskipun kita masih menghadapi beberapa kekurangan, namun potensi yang terdapat di negeri Sabah terus menjadi daya tarikan kepada para pelabur dari dalam dan luar negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Selasa.

Raymond berkata mengikut catatan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Sabah kini merupakan negeri ketiga tertinggi yang menerima kemasukan pelaburan.

Beliau yakin dengan tersedianya beberapa komoditi utama termasuk kelapa sawit, minyak dan gas serta potensi aktiviti tenaga boleh baharu, Sabah mampu menjadi negeri utama kemasukan pelaburan yang lebih besar. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment