Wednesday 28 March 2012

KUOTA BARANG SUBSIDI KE PULAU DI TAWAU



KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan kuota bagi barangan subsidi yang dibenarkan dibawa ke pulau-pulau di Tawau melalui orang tengah yang dilantik di bawah program penyeragaman harga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata langkah itu bagi mengawal kes penyeludupan barangan subsidi ke negara jiran.

"Di bawah program ini, kuota tertentu telah dihadkan kepada orang tengah dan barang-barang subsidi tersebut tidak lagi dibenarkan dibawa oleh orang ramai atau perseorangan keluar daripada jeti-jeti bot di Tawau," katanya ketika menggulung perbahasan di bawah kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa.

Azizah berkata beberapa kedai runcit telah dikenal pasti bagi tujuan pengedaran barang-barang subsidi di pulau-pulau tersebut. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment