Monday 30 January 2012

PENDUDUK LABIAN TUNTUT 17,000 EKAR TANAH FELDA



SEBAHAGIAN daripada sekumpulan penduduk Labian berkumpul di hadapan Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat membuat Lapuran Polis menuntut kawasan Tanah Hak Asasi seluas 17,000 ekar terletak di Sahabat Pinggir dikembalikan kepada penduduk Zon Labian.

Tanah tersebut diduduki oleh Felda sejak tahun 1985 di sebalik bantahan dan tuntutan berterusan daripada masyarakat zon Labian.

Tuntutan dan bantahan semakin kuat menjelang usaha penyenaraian FGVH di Bursa Saham kerana ia dilihat sebagai satu usaha untuk merampas Tanah Hak Asasi pribumi Sabah oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Mereka juga menuntut agar Felda kembali kepada tujuan asalnya datang ke Sabah iaitu membangunkan tanah pertanian untuk diberikan kepada sejumlah 20,000 peneroka tempatan yang tidak bertanah.

No comments:

Post a Comment