Friday 27 January 2012

MINI CASINO DI BELAKANG SUGAR BUN KK?

Saudara Pengarang,

SAYA ingin membuat aduan kerana sudah terlalu banyak mesin kuda di kawasan Kota Kinabalu yang diketuai oleh seorang lelaki Cina bernama Frankie dan dibantu Lay Lay. Mereka ini ada 'kabel' dengan D7 Bukit Aman sehingga Polis Kontingen Sabah tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka.

Di manakah Undang undang yang sedia ada? Kawasan operasi mesin kuda ini adalah di kedai belakang Sugar Bun KK. Di kawasan tersebut sahaja sudah ada 3 premises yang mempunyai lebih 100 komputer menjalankan kegiatan perjudian haram ini secara ONLINE.

Lebih menghairankan lagi, kebanyakan premises Kelab persendirian di Kota Kinabalu juga dijadikan tempat perjudian yang turut menggunakan bouncer dan pekerja PATI sehingga sering menimbulkan pergaduhan.

Premis ini turut dikunjungi pegawai kanan kerajaan terutama DBKK untuk berjudi dan ramai peniaga turut terlibat dengan urusan perniagaan judi haram ini secara perkongsian pembahagian nisbah keuntungan 70:30.

Mengikut info rakan saya yang bekerja di Pusat Perjudian berkenaan, Frankie dan Lay Lay telah membayar wang perlindungan RM300 sebulan kepada Pegawai Kanan Polis iaitu RM30,000 bagi 100 mesin judi haram.

Setiap kali Unit D7 Bukit Aman melakukan serbuan, kesemua premis ini tidak beroperasi. Mungkinkah Pegawai DBKK dan Pegawai Kanan Polis telah memberikan amaran kepada Frankie dan Lay Lay?

Memandangkan undang-undang sudah semakin nazak dan penguatkuasa undang-undang semakin buta dengan wang, maka saya harap agar Sabahkini.net dapat menyiarkan keluhan saya ini agar pihak berkuasa serius menguatkuasa undang-undang.

Salam Hormat,

PENIUP WISEL KEBENARAN

6 comments:

  1. Make the most of mainly premium substances - you will find him or her for: lapak303

    ReplyDelete
  2. There you can download for free, see the first of these data. Situs Poker Online Indonesia

    ReplyDelete
  3. In this case you will begin it is important, it again produces a web site a strong significant internet site: quotes in urdu

    ReplyDelete
  4. The best article I came across a number of years, write something about it on this page. sad poetry in urdu

    ReplyDelete
  5. Very good topic, similar texts are I do not know if they are as good as your work out. https://samevaginaforever.com/

    ReplyDelete
  6. You know your projects stand out of the herd. There is something special about them. It seems to me all of them are really brilliant! Selling Online UK,

    ReplyDelete