Sunday 29 January 2012

ELAUN BERTUGAS RELA NAIK RM2 SEJAM

KERAJAAN bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.

"Saya dah bincang dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Mahmood Adam), dan permohonan Rela (untuk naikkan elaun) itu bolehlah diluluskan segera," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan Perdana Rela bersama Perdana Menteri di Dewan Maeps, Serdang, yang dihadiri kira-kira 30,000 anggota Rela dari seluruh negara.

Difahamkan elaun bertugas bagi pegawai dan lain-lain pangkat Rela masing-masing ketika ini ialah RM5.80 dan RM4, dan kadar elaun yang baru diumumkan itu akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi. (Bernama)

No comments:

Post a Comment